Tak pakai pelitup muka dalam video raya, ‘instafamous’ dikompaun RM1,500


PETALING JAYA: Seorang individu yang popular di laman sosial Instagram dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya melibatkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam.

Menurut Fadzil, pihaknya mengesan video dimuat naik individu terbabit pada 9.15 malam Ahad lalu dan adegan itu didapati dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, Putrajaya.

“Video tersebut turut melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terlibat dalam adegan lakonan tersebut berpakaian penuh uniform,” kata beliau dalam kenyataan.



Dalam video tersebut, individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain dilihat mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri, kata Fadzil.

Dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terlibat dalam video tersebut sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan IPD Putrajaya.

“Saya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini,” kata Fadzil. FMT

[VIDEO] Berang Ditegur , Buka Terus Seluar Dalam Jadi Pelitup Muka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker