Dr Amalina & Yuna Kongsi Pesanan Serta Pendapat Terhadap Isu Gangguan Seksual & Rogol

Isu yang disampaikan oleh Amalina ini turut dikongsikan oleh penyanyi antarabangsa, Yuna.

Sebenarnya, terdapat ramai lagi masyarakat yang mempunyai mentaliti dengan menganggap faktor utama terjadinya kes rogol ialah berpunca dari pemakaian wanita yang seksi dan menjolok mata. Dalam kes ini masyarakat tidak seharusnya menyalahkan mangsa malah pelaku sepatutnya yang wajar dipersalahkan.

Isu ini turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri. Pakar bedah kelahiran Malaysia ini berkongsi beberapa lukisan komik  menggambarkan dilema seorang wanita. Beberapa situasi dalam lukisan komik itu menunjukkan cara pemakaian wanita sering dipersalahkan setelah menjadi mangsa gangguan seksual oleh lelaki.

Perkongsian dari Amalina itu sebenarnya sebagai pesanan kepada pada wanita bahawa cara pemakaian seorang wanita bukanlah menjadi penghalang untuk mengejar impian mereka.

“Tidak kira apa yang gadis / wanita pakai / buat, itu bukan alasan untuk membenarkan tindakan anda. Perkara utama di sini adalah anda mengetahui bahawa ianya tak melepasi batas .”-tulisnya di Instagram

 

Isu yang disampaikan oleh Amalina ini turut dikongsikan oleh penyanyi antarabangsa, Yuna. Di Instagram storiesnya, Yuna turut berkongsi pendapatnya tentang isu ini.

“Inilah sebabnya mengapa sebilangan wanita di Malaysia sangat takut untuk melakukan apa-apa pun. Kerana kebiasaannya dalam komuniti kita pada akhir-akhir hari ini mereka bukan melihat kepada pencapaian kita, tetapi mereka lebih fokus kepada cara pemakaian kita”

“Saya harap gadis-gadis kita tidak putus asa dan tahu bahawa ini tidak akan  menghalang mereka mencapai impian . Dan semoga kita dapat mengajar anak-anak lelaki kita menjadi seorang lelaki yang lebih baik pada masa akan datang.”- tulisnya di IG Stories.

Seperti mana yang kita tahu, Yuna sering mengharumkan nama Malaysia di luar negara. Namun,  dalam masa yang sama ada juga sebilangan rakyat Malaysia yang mengkritik cara pemakaian penyanyi berasal dari Kedah ini.

Jadi apa komen anda? Adakah cara pemakaian wanita menjadi punca gangguan seksual dan jenayah rogol?- Murai

Dr. Amalina Che Bakri umum telah berkahwin dengan pemuda Eropah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker