Resepi Brownie Cookies
Resepi Brownie Cookies
Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:30 biji
Resepi coklat brownie cookies yang sangat sedap dan cookies ni memang kegemaran kita sekeluarga.
Anda harus gunakan dark chocolate yang berkualiti tinggi kerana akan menghasilkan brownie cookies yang sangat sedap. Tekstur nya adalah rangup di luar dan lembut di dalam.
Sangat sesuai di hidangkan bersama kopi buat minum petang. Resepi ni kita ambil dari blogger yang berasal dari Norway, dan apa yang membuatkan cookies ni bertambah sedap bila dimasukkan ketulan coklat, apabila dibakar akan cair di dalamnya. Resepi yang harus dicuba!
Bahan-Bahan:
350 g dark chocolate
40 g (3 sudu besar) mentega
2 biji telur + 1 biji kuning telur
2/3 cawan (150 g) gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan (35 g) tepung gandum
¼ sudu teh baking powder
Cara Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 180 °C.
Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler).
Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan.
Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit.
Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.
Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik.
Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais.
Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment.
Bakar di dalam oven selama 9-11 minit.
Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.
Tips:
Adunan telur, gula dan esen vanila harus dipukul sehingga kembang 3 kali ganda supaya biskut akan lembut di tengah dan menghasilkan lapisan kedut, kilat dan merekah dengan cantik apabila dibakar.
Doh pula mesti direhatkan di dalam peti ais supaya adunan rehat dan senang dibentuk, juga dapat mengawal cookies dari merebak dengan banyak ke bahagian tepi dan terlalu leper.
Resepi Che Nom
You must be logged in to post a comment.