InsyaAllah, surah Yasin ayat kesembilan itu pendinding



Sebaran :


Gara-gara kelantangan dan ketegasannya sejak dahulu lagi, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay tidak menafikan kemungkinan ada pihak yang tidak suka dan boleh melakukan apa sahaja termasuk sihir kepadanya.

Namun baginya, soal rezeki hidup dan mati bukan ditentukan oleh manusia melainkan Allah SWT namun sekiranya ketakutan terhadap makhluk menguasai diri, seseorang itu tidak dapat melakukan kerjanya.

“Bagi sayalah, kita jangan angkuh, jangan cakap besarlah. Paling penting, kita buat kerja ikhlas. Kalau kita buat kerja ikhlas kerana Allah taala, tuan-tuan jangan bimbang.



“Orang akan buat tuan-tuan, orang akan atur, orang akan sekat, tapi kalau Allah dah tentukan wahai Ayob kamu akan mati jam 12.05 minit sakit jantung ketika memberi syarahan di INTAN kluang, saya akan matilah.

“Allah yang tentukan, wahai Ayob kamu akan pencen sampai KP Johor kamu tak boleh pergi lagi atas, pencen KP Johorlah.

“Jadi rezeki hidup mati kita bukan manusia yang tentukan tapi Allah yang tentukan. Kalau tuan-tuan takut makna tuan-tuan takkan dapat kerja,” katanya ketika Majlis INTAN Executive Lecture Series: Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di INTAN Kampus Wilayah Selatan, di sini, hari ini.



Beliau berkata, tidak menafikan amalan sihir tidak dapat lari daripada kehidupan masyarakat hari ini namun beliau turut berkongsi amalan tertentu bagi membentengi diri daripada terkena sihir.

“InsyaAllah, surah Yasin ayat kesembilan itu pendinding. Kalau nak keluar rumah pun baca, InsyaAllah selain daripada ayat Kursi.

“Tetapi nak kena yakin, memanglah benda-benda mistik tu ada bukan tak percaya tapi kamu jangan yakin mereka yang menentukannya.



“…Kita jangan angkuh, tapi kita yakin Allah tu ada, InsyaAllah,” katanya. HM

Ayob khan – Duit banyak-banyak nak rasuah malaikat dalam kubur?”


Sebaran :


Leave a Reply