Lelaki hilang ketika mandi sungai ditemui mati dibaham buaya

Sebaran :


TAWAU: Mayat lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai akibat dibaham buaya ketika mandi di Sungai Brantian Kalabakan di sini, pada Selasa ditemui pada tengah hari Rabu.

Mayat Mazlan Ampung, 26, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.50 tengah hari.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi SAR yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut melibatkan polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba Sukarela Umas dan penduduk kampung.

“Mayat mangsa ditemui 300 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan sempurna namun terdapat kesan gigitan pada bahagian kiri pinggang dipercayai diserang buaya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.15 tengah hari dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga terdekat untuk pengebumian,” katanya di sini, pada Rabu.

Terdahulu mangsa dipercayai diserang buaya ketika sedang mandi di sungai Brantian Kalabakan pada jam 7.30 malam Selasa. Awani

Tawar gaji hampir RM2,000 jaga buaya


Sebaran :

Leave a Reply