Langgar SOP: “Gambar Ramai2, Kompaun 20 orang je! Lain Tu menyamar ‘Alas Meja’ Ke?” – Sindir Netizen

Setelah lebih 3 minggu berlalu, hasil siasatan terhadap kes langgar SOP pasangan selebriti Neelofa dan suami, Haris Ismail akhirnya terjawab juga, semalam.

Difahamkan lagi, pihak berkuasa membuat keputusan untuk mengenakan kompaun berjumlah RM60,000 tanpa diskaun kepada pasangan terbabit serta 20 orang ahli keluarga lain.

Neelofa dikompaun RM20,000 bagi dua kesalahan, suaminya PU Riz pula dikompaun RM10,000 dan 20 ahli keluarga pengacara itu dikompaun masing-masing RM1,500 berjumlah RM30,000.

Bagaimanapun, masih ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan kadar denda yang dikenakan dan mendakwanya sebagai tidak adil.

Tambahan lagi apabila mereka membandingkan jumlah kompaun tersebut dengan kompaun yang dikenakan terhadap peniaga kecil-kecilan, iaitu sebanyak RM50,000 seorang.

Eh, dalam gambar ramai tapi mana yang lain?

Justeru itu, seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mempersoalkan bilangan ‘ahli keluarga’ yang dikenakan kompaun sedangkan dalam gambar tular sewaktu majlis nikah selebriti itu, jelas kelihatan ‘penampakan’ lebih dari 20 orang hadir.

Kenapa 20 orang je kena kompaun? Yang lain tu tipu nama ke masa tulis? Ke menyamar jadi alas meja?” tulisnya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah individu berkenaan sempat berseloroh mungkin ada yang menyamar menjadi alas meja sewaktu majlis itu berlangsung.

Mungkin nak tutup kes je

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen lain turut terhibur membaca ciapan individu tersebut. Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pendapat masing-masing berkenaan kes tersebut.

 

Betul juga tu. Takkan nak kompaun alas meja kan?

Sumber: Twitter @FujiyamaOden.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker