UPSR mansuh mulai tahun ini, PT3 2021 dibatalkan


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini, kata Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Radzi turut memaklumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.

Dia mengumumkan perkara itu menerusi sidang media khas di sini hari ini.

UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai 2021

Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya bermula pada tahun ini.

Menteri Kanan Pendidikan,Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kementerian akan memperkasakan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPBS).
“Kemasukan asrama adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Selari dengan itu, Pertaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) juga dimansuhkan,”katanya pada sidang akhbar khas di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

PT3 tahun 2021 batal

Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan membatalkan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun ini atas beberapa faktor.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu sidang akhbar khas KPM tadi.

“Penularan Covid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Tanpa pelaksanaan Pt3 tahun ini kaedah pentaksiran murid boleh diteruskan,” katanya.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker