Ya! Memang sejarah Tanah Melayu lebih bersifat Melayu dan Islam

Itulah hakikat sejarah. Pejuang-pejuang Melayu paling banyak berkorban dan terkorban

APAKAH ultra kiasu mahu kita mengiktiraf sumbangan komunis, baharu sejarah negara ini berwarna-warni? Mari kita berdebat kalau berani.

Pertubuhan ultra kiasu Cina begitu agresif menentang buku teks Sejarah sekolah menengah kerana dikatakan terlalu Melayu dan Islam, dengan hanya menyebut sedikit sumbangan bukan Melayu dalam sejarah sekolah menengah. Tidak seimbang katanya.

Kalau ikut istilah seimbang dan adil dalam kepala otak mereka adalah, sama banyaklah iaitu 50-50, atau lebih. Jika lebih, maka dikatakan tidak seimbang. Itulah Malaysian Malaysia.

Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya sebut, sentiasa mahu menang, tidak mahu kalah. Itu sahaja cara untuk ‘survive’.



Ternyata, strategi ultra kiasu ini amat berjaya. Kita sahaja yang bodoh dengan gertakan mereka. Bukan tak nampak, tetapi menyangka bahawa dengan membiarkan sebegitu ia dapat meraih undi. Paling tidak, mengundi MCA dan Gerakan. Walhal ia hanya wayang.

Persoalan saya, bagaimana dengan buku teks Sejarah dan lain-lain buku teks di Sekolah Persendirian Cina? Apakah tidak perlu dikaji? Kenapa Kementerian Pendidikan, boleh meluluskan buku teks yang berunsurkan komunis ini?

Teks sejarah banyak memperkatakan sejarah Cina berbanding dengan sejarah Tanah Melayu. Pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu. Kemudian, biasalah, senyap hangat-hangat tahi ayam. Bila kita bising, baharu kecoh. Kemudian senyap.

Walhal jelas sekali, sejarah Tanah Melayu tidak diceritakan dengan benar. Hanya menceritakan sejarah Malaysia. Kenapa tidak ditekankan sejarah negara ini bermula dengan nama Melayu, orang Melayu/Bumiputera, atau dalam kata lain sebuah tanah yang berasaskan nama akar bangsa Melayu.



Silibus sejarah UEC begitu menekankan sejarah Cina di China (Taiwan), berbanding dengan sejarah Melayu di Tanah Melayu.

Saya sangat hairan, bagaimana kita boleh mengiktiraf sijil SPC ini iaitu UEC, yang sangat melencong subjek sejarahnya. Ini tidak termasuk lagi, subjek-subjek Cina yang lain. Bagaimana kita memantau keadaan ini.

Amat jelas sekali, ultra kiasu ini begitu mengagungkan komunis (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Mengapa masih tidak haramkan Dong Zong?: Ridhuan Tee



Ini yang dikatakan bodoh yang tidak boleh diajar. Jika ditanya pada saya, apakah sejarah Tanah Melayu, perlu ditulis dengan cara terlalu Melayu atau Islam, maka saya jawab tanpa ragu. YA.

Itulah hakikatnya. Sebagaimana sejarah Cina di negara China, sejarah India di negara India. Sejarah Melayu/Islam di Tanah Melayu.

Bangsa asal yang paling banyak berkorban untuk negara tersebut, bukan bangsa mendatang. Bangsa mendatang hanya mengambil kesempatan, melalui dasar pecah dan perintah penjajah. Mana mungkin imigran berani menentang penjajah British, kerana penjajah inilah juga yang menghantar mereka balik ke negara asal.



Sejarah mempertahankan tanah air dan sejarah mempertahankan kemerdekaan tanah bertuah ini, tidak banyak boleh dikaitkan dengan bukan Melayu.

Kaji baik sejarah, apabila kita dijajah, penjajah membawa masuk imigran-imigran Cina dan India, bersekali dengan buku teks mereka yang berorientasikan negara masing-masing. Sebab itulah, kenapa wujud sekolah vernakular, terlalu berkait rapat dengan sejarah ini.

Hanya selepas merdeka sahaja, buku teks sekolah vernakular diubah berorientasikan Tanah Melayu. Itulah mereka tidak mahu sebut Tanah Melayu tetapi Malaysia. Ultra kiasu mahu senyapkan istilah Melayu itu.

Saya tidak nafikan sumbangan orang Cina dalam aspek ekonomi. Bolehlah dicatatkan serba sedikit. Itupun disebabkan oleh polisi penjajah yang memisahkan mereka. Begitu lah kebaikan orang Melayu yang melayan imigran dengan baik, turut menyumbang kepada kejayaan ekonomi Cina.



Saya minta pertubuhan ultra kiasu ini, buatlah forum terbuka, kita debatkan perkara ini. Saya bersedia. Dengan syarat, pemimpin Dong Jong, Jiao Dong dan Hua Zong menjadi ahli panelnya.

Bacalah kebangkitan nasionalisme Melayu/Bumiputera apabila negara ini dijajah. Adakah muncul nama-nama bukan Melayu. Begitu juga kebangkitan Melayu menentang Malayan Union.

Akhir tahun 1800an dan awal tahun 1900an, semua tokoh-tokoh Melayu yang termaktub. Nama-nama seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Tok Gajah, Mat Kilau, Pandak Ali, Dato Bahaman, Yamtuan Antah, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan ramai lagi. Begitu juga di Sabah dan Sarawak, semuanya nama-nama bumiputera, seperti Rentap, Antanum, Mat Salleh, Sharif Masahor dan lain-lain. Tidak ada nama-nama lain, tidak ada nama Ah Chong, Ramasamy dan lain-lain disebut dalam sejarah menentan penjajah British.

Begitu juga kebangkitan nasionalisme Melayu bagi menuntut kemerdekaan sebahagian besarnya digerakkan oleh tiga puak nasionalis Melayu.



Dong Jiao Zong Biadap! Dakwa buku teks Sejarah terlalu berpusat Melayu, Islam

Golongan kiri Melayu diwakili oleh Kesatuan Melayu Muda, yang dibentuk pada tahun 1938 oleh sekumpulan intelektual Melayu yang mendapat pendidikan daripada Kolej Latihan Sultan Idris, dengan kehebatan Melayu Raya.

Pada tahun 1945, mereka menyusun semula diri mereka ke dalam sebuah parti politik yang dikenali sebagai Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Manakala mereka yang berlatar belakangkan Islam, diwakili oleh Kaum Muda terdiri daripada ulama-ulama Timur Tengah dengan sentimen Pan-Islam. Parti politik Islam pertama adalah Partai Orang Muslimin Malaya (Hizbul Muslimin) yang ditubuh pada Mac 1948. Kemudian digantikan oleh Parti Islam Se-Malaya (PAS) pada tahun 1951.

Kumpulan ketiga nasionalis Melayu terdiri daripada golongan elit barat yang merupakan birokrat dan ahli keluarga diraja yang berkongsi pendidikan Inggeris, Kolej Melayu Kuala Kangsar. Mereka membentuk organisasi sukarela yang dikenali sebagai Persatuan Melayu di pelbagai bahagian negara dan matlamat utamanya adalah untuk memajukan kepentingan orang Melayu.

Pada Mac 1946, 41 persatuan Melayu membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), untuk menegaskan penguasaan Melayu terhadap Tanah Melayu.

Kemuncak kepada kebangkitan Melayu adalah pada tahun 1946, apabila British memperkenalkan Malayan Union. Akibatnya, seluruh orang Melayu bangun menentang begitu mengejutkan British, sehingga terpaksa menarik balik Malayan Union. Ini seterusnya membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Persoalannya, di manakah wajah-wajah bukan Melayu?

Cuba sebutkan nama-nama bukan Melayu dalam kebangkitan menentang penjajah British bermula daripada kedatangan imigran sehingga selepas Malayan Union. Jawab pertanyaan saya, kenapa bukan Melayu tidak menentang Malayan Union? Apa syarat-syarat Malayan Union? ‘Fair and square, bukan? Sama rata, sama rata. Mahu menghapuskan semua hak Melayu, rajanya, Melayunya, dan memberi kerakyatan yang begitu longgar kepada bukan Melayu.

Ditakdirkan Malayan Union tidak ditentang hebat oleh orang Melayu, sehingga dimansuhkan, sudah tentu lanskap politik negara ini sudah berubah, kerana ketika itu bilangan bukan Melayu sudah melebihi bilangan Melayu itu sendiri di tanah tumpah darahnya.

Bantah Jawi: Sikap antinasional Dong Jiao Zong makin menebal

Ultra kiasu selalu mencanangkan dalam teks sejarah mereka, sumbangan yang paling besar orang Cina adalah pada masa komunis (MPAJA) melawan Jepun, ketika kependudukan Jepun di Tanah Melayu sekitar 1941-1945.

Sedangkan seluruh dunia tahu, kenapa orang Cina menentang Jepun, adalah disebabkan oleh permusuhan yang begitu panjang antara dua negara China dan Jepun dalam Perang China-Jepun. Jepun pantang melihat Cina, begitu juga sebaliknya. Permusuhan mereka berpanjangan sehingga ke hari ini.

Ultra kiasu juga mahukan sumbangan Yap Ah Loy diiktiraf bukan hanya diceritakan sepintas lalu. Persoalannya, Kuala Lumpur itu sendiri bukan dibuka oleh Yap AH Loy tetapi Sutan Puasa. Yap Ah Loy menjelma setelah Kuala Lumpur dibuka. Jadi, wajarlah nama Yap Ah Loy hanya disebut sepintas lalu. Takkan sejarah Yap Ah Loy mahu diseimbangkan dengan Sutan Puasa. Itu tidak boleh

Nampaknya, ultra kiasu mahu kita menyebut nama Lim Lian Geok, baharu seimbang.

Inilah masalah ultra kiasu, melihat keadilan itu seimbang atau sama rata sama rasa, ini tidak betul. Sebab itu, mereka tidak pernah puas.

Ultra kiasu ini menggesa kerajaan melaksanakan apa yang telah disuarakan, tubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri dari cendekiawan setiap etnik dan para pendidik bagi merangka strategi untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang terdapat dalam buku teks mata pelajaran Sejarah.

Kalaulah mendiang Prof Khoo Kay Kim masih hidup, kita cadangkan nama mendiang, pastinya ultra kiasu ini akan menolak, kerana sejarawan ini adalah yang benar-benar ahli sejarah dan berkata benar.

Saya cukup teruja jika ahli sejarah ultra kiasu ini mahu mendebatkan perkara ini secara terbuka. Saya nak tengok siapakah tokoh pejuang kemerdekaan yang mahu ditonjolkan dalam kalangan kaum mereka, yang sanggup berkorban nyawa. Lebih seronok kalau mereka menonjolkan tokoh-tokoh komunis MPAJA.

Nasihat saya kepada pihak berwajib, tidak usahlah kita layan puak-puak ultra kiasu ini. Cuba kaji semua buku teks sekolah persendirian, berapa ramai sarjana Melayu yang dibawa masuk untuk menghasilkan teks buku sejarah mereka dan lain-lain. Jika adalah sarjana sejarah Melayu yang dibawa masuk, mana mungkin sejarah buku teks sejarah mereka terlalu kecinaan.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Pembinaan SJKC Too Joon Hing ‘pencerobohan’ struktur sosial Melayu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker