“Saya Tak Amalkan Budaya Seperti Ini,” – Bukan Tindakan Biadab, Izara Aishah Tak Kisah Non-Muslim & Wanita Uzur Makan Secara Terbuka Di Bulan Puasa?

Sejak kebelakangan ini, isu melibatkan masyarakat bukan Islam serta wanita yang mengalami keuzuran untuk makan dikhalayak ramai ketika di bulan Ramadan menjadi antara topik yang hangat untuk diperkatakan.

Rata-rata netizen dilihat mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai isu ini.

Bagaimanapun, bagi pelakon, Izara Aishah, dia tidak kisah sekiranya orang yang tidak berpuasa mahu makan dihadapannya dan dia juga tidak menganggapnya sebagai satu tindakan yang biadap.



Jelas Izara, Islam merupakan agama yang sangat mudah dan merangkumi segala hal.



“To my non Muslim friends and my Muslim sisters yang cannot fast, please just eat infront of me it’s not rvde.

“Islam is not difficult, It’s the culture and I don’t practise that kind of culture,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, J Revolusi itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.



 

Jelasnya lagi, menganggap perbuatan tersebut sebagai biadap merupakan budaya yang hanya diamalkan oleh segelintir pihak.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan tersebut selain turut berharap agar budaya berasa tersinggung apabila melihat orang lain tidak berpuasa dapat dihentikan.

“Yes true dah jadi culture and sampai nak makan nampak macam berd0sa besaq sungguh,” respon seorang netizen.

“Yes and i tak terliur pun tengok orang makan kat public,” tulis seorang individu pula.

“Benar. Aku juga tak faham mana datang istilah ‘tak hormat’ apabila makan di hadapan orang yang berpuasa.

“Puasa itu latihan menahan diri untuk mereka yang berpuasa. Kenapa pula orang sekeliling yang perlu bersusah-payah?,” balas seorang pengguna Twitter.

Sumber: Twitter Izara Aishah



Related Articles

One Comment

  1. Saya pun tak kisah kalau yang bukan muslim makan di hadapan saya. Tak rasa tergugat pun. Masa saya bekerja di pejabat dulu, rakan sekerja yg bukan muslim terpaksa makan kat luar (biasanya mereka makan kat meja saja) bila tiba bulan puasa sebab tak mahu meyinggung perasaan rakan muslim. Mereka rasa bersalah sebab makan di hadapan saya namun saya menasihatkan mereka agar makan seperti biasa.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker