Ini Tanah Melayu, memang wajar didokumentasi dalam buku teks Sejarah



Sebaran :

Sejarah etnik bangsa lain dimasukkan sekitar kurun ke-19 dan 20, tak cukup lagi?

Sesiapa pun tidak wajar mempertikaikan kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah yang mengutamakan pengenalan peradaban Melayu dan Islam di negara ini.

Ini kerana, tanah semenanjung adalah ‘Tanah Melayu’ yang disebut juga ‘Land of the Malay’. 

“Maka, sudah tentu Melayu memiliki sejarah yang sarat dengan kehebatan bangsa dan kegemilangan Islam yang menjadi tunjangnya. 



“Manakan tidak, bangsa Melayu telah mencipta sejarah hebat sejak kurun ke-12 lagi. 

“Justeru, khazanah bangsa ini mesti didokumentasikan dan diajar kepada anak bangsa Melayu yang menjadi pewaris takhta tanah air ini,” tegas Ketua Wanita BERJASA, Ustazah Siti Umi Kalsom Hussin.

Beliau menegaskan, etnik lain yang datang bertandang ke Tanah Melayu ini sebagai pekerja lombong bijih dan pekerja ladang tidaklah disebutkan secara terperinci dalam buku sejarah. 



“Kerana mereka adalah watak sampingan. Bukan watak utama dalam sejarah Tanah Melayu ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini. 

Bahkan, beliau berkata, cendekiawan sejarah negara ini sangat berjiwa perpaduan apabila meletakkan sejarah etnik bangsa lain sekitar kurun ke-19 dan 20. 

Dong Jiao Zong Biadap! Dakwa buku teks Sejarah terlalu berpusat Melayu, Islam

“Maka tidak cukupkah itu? Kita dah bagi betis, jangan pula minta peha dan kepala,” katanya.



Sebelum ini, seorang sejarawan menggesa KPM mengambil tindakan selepas mendapati buku teks Sejarah sekolah menengah edisi terbaharu berat sebelah dan tidak tepat.

Ranjit Singh Malhi berkata, buku teks itu, untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, menumpukan Islam serta orang Melayu.

Katanya, mereka tidak menyatakan kemunculan dan perkembangan masyarakat majmuk Malaysia secara seimbang, adil serta memadai.



Sementara itu, pertubuhan radikal Cina, Dong Jiao Zong pula menggesa KPM menyemak semula kandungan buku teks Sejarah. 

Dong Jiao Zong dipetik sebagai berkata, realitinya, sudah sekian lama buku teks Sejarah KPM sekolah rendah dan sekolah menengah bersifat eksklusif, kandungan fakta sejarahnya tidak seimbang dan tafsirannya tidak tepat, selain tidak memberi gambaran penuh seperti situasi negara yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Dakwanya, ini menyebabkan buku teks Sejarah tidak memberi gambaran sebenar sejarah rakyat di negara ini, pelajar tidak dapat benar-benar memahami sejarah negara, hatta ada yang mengelirukan, menyebabkan pelajar dari kaum lain dan pelajar dari etnik Sabah dan Sarawak berasa tersisih dan terpinggir.



Kerajaan dari dulu tak serius isu sekolah vernakular!


Sebaran :


Leave a Reply