Buat bazar raya Starvendors 2021, Ifa Raziah pastikan SOP dipatuhi


JUMLAH angka Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari sudah pasti menambahkan kerisauan kepada rakyat tempatan.

Namun, disebalik peningkatan kes itu, kegiatan ekonomi masih perlu dijalankan dengan dengan mematuhi operasi pematuhan standard (SOP) yang ditetapkan.

Perkara itu yang menjadi keutamaan kepada Ifa Raziah yang muncul dengan Starvendors Mega Raya Fest 2021 yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Mei ini di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

Ifa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn. Bhd. berkata, dia berniat untuk mengadakan program jualan tersebut sebaga membantu rakan artis dan peniaga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Tetapi ada juga yang mempertikai kemampuan Ifa untuk membuat bazar tersebut memandangkan dia tidak mempunyai asas perniagaan yang cukup kuat.

“Saya seorang yang suka cabar diri saya walaupun saya tahu perkara itu mungkin sukar untuk saya capai. Tapi lebih baik saya cuba daripada tak cuba langsung. Alhamdulillah apa yang saya usahakan, saya dapat.

“Dulu saya selalu takut apabila orang cakap Ifa Raziah ni bodoh la. Dia ni bukan sekolah tinggi pun. Bukan dia boleh buat bisnes pun, dia tiada ilmu. Tetapi saya berjaya buat empat acara besar.

“Dengan pengalaman saya bekerja dengan orang selama empat tahun saya lihat macam mana penganjur buat kerja dari A to Z. Pengalaman itulah ‘ijazah’ saya dalam bidang ini. Bukan kerana saya masuk kelas bisnes ke tak ada”,

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran prigram Starvendors Mega raya Fest 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) baru-baru ini.

Bercakap mengenai SOP pula, Ifa berkata dia dan pihak WTC sudah mengambil langkah yang sangat teliti berkenaan perkara tersebut apatah lagi bila melibatkan jumlah kehadiran pengunjung yang ramai.

“Tahun ini demi menjaga SOP (Prosedur Operasi Standard) aras tiga kita tak buka, di situ kita dah rugi 200 booth. Kita hanya buka di aras empat yang menempatkan 150 booth. Dewan Dr. Ismail dan Tun Hussein Onn masing-masing ada 40 booth. Tak sampai pun 400 booth tahun ini.

“Untuk tahun ini, kami menggunakan konsep laluan sehala. Masuk ikut pinta A dan keluar ikut pintu B. Dah pergi tidak boleh patah balik. Setiap pintu masuk, kita akan sediakan enam staf yang akan buat pemantauan SOP,” jelasnya tentang susun atur booth peniaga.

Selain itu, katanya, demi keselamatan pengunjung, hanya 100 orang berkupon saja dibenarkan memasuki ke kawasan booth dengan pemantauan daripada petugas.

Selain selebriti yang terlibat sebagai peniaga, program tersebut juga akan dimeriahkan dengan kehadiran pengacara seperti Ahfad, Watie Elite, Ani Maiyuni, Acong Sweetchild, Mamu Penang, Kelly Azman dan Sham Pujangga akan meraikan kedatangan pengunjung. SM

“Kalau Suami Tidak Boleh Bagi Zuriat, Saya Ceraikan Je..” Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker