Ada Yang Tak Setuju Bunga Citra Lestari Disatukan Dengan Ariel

Penyanyi terkenal Indonesia dan juga di Malaysia ini, Bunga Citra Lestari (BCL) baru sahaja selesai membuat rakaman lagu baharu bersama dengan Ariel atau nama sebenarnya, Nazril Irham, 40 tahun.

Semua sedia maklum mengenai kisah pemergian suami tercinta BCL, iaitu Ashraf Sinclair pada awal tahun 2020. Bagaimanapun, menerusi perkongsian video acah lagu baharunya bersama Ariel, ramai yang cuba untuk ‘kenenkan’ mereka berdua.



Sudah tentu yang cuba menyatukan mereka berdua adalah netizen di Indonesia, yang rata-rata merasakan BCL dan Ariel secocok bersama. Mungkin juga disebabkan muzik video baharu itu, menampakkan mereka sebagai pasangan yang serasi.

Ada juga yang minta Ariel untuk segera mendapatkan BCL.

Bagaimanapun, bukan semua merasakan perkara yang sama di mana salah seorang netizen di ruangan komen menyatakan dia tidak bersetuju jika BCL dan Ariel mempunyai hubungan istimewa.



“Jujur saya tak setuju kalau BCL ada hubungan istimewa dengan Ariel. Bukan sebab tak suka dengan Ariel, cuma kesian dengan mendiang kalau BCL ada apa-apa sama Ariel,” kata netizen tersebut menyuarakan pendapatnya.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker