Pertikai silibus Sejarah: Ridhuan Tee cabar Dong Jiao Zong berdebat



Sebaran :

Saya nak tengok siapa tokoh pejuang kemerdekaan yang mahu mereka tonjolkan’

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mencabar pemimpin Dong Zong dan Jiao Zong untuk berdebat mengenai isu kandungan buku teks Sejarah sekolah menengah yang didakwa terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

“Saya cukup teruja jika ahli sejarah ultra kiasu ini mahu mendebatkan perkara ini secara terbuka.

“Saya nak tengok siapakah tokoh pejuang kemerdekaan yang mahu ditonjolkan dalam kalangan kaum mereka, yang sanggup berkorban nyawa.



“Lebih seronok kalau mereka menonjolkan tokoh-tokoh komunis MPAJA,” katanya dalam kenyataan disiarkan Ismaweb.net hari ini.

Pemerhati politik itu mendakwa, ultra kiasu selalu mencanangkan dalam teks sejarah mereka, sumbangan yang paling besar orang Cina adalah pada masa komunis – MPAJA – melawan Jepun, ketika kependudukan Jepun di Tanah Melayu sekitar 1941-1945.

Sedangkan katanya, seluruh dunia tahu kenapa orang Cina menentang Jepun adalah disebabkan oleh permusuhan yang begitu panjang antara dua negara China dan Jepun dalam Perang China-Jepun.



“Jepun pantang melihat Cina, begitu juga sebaliknya. Permusuhan mereka berpanjangan sehingga ke hari ini.

Pembinaan SJKC Too Joon Hing ‘pencerobohan’ struktur sosial Melayu

“Ultra kiasu juga mahukan sumbangan Yap Ah Loy diiktiraf bukan hanya diceritakan sepintas lalu. Persoalannya, Kuala Lumpur itu sendiri bukan dibuka oleh Yap Ah Loy tetapi Sutan Puasa.

“Yap Ah Loy menjelma setelah Kuala Lumpur dibuka. Jadi, wajarlah nama Yap Ah Loy hanya disebut sepintas lalu. Takkan sejarah Yap Ah Loy mahu diseimbangkan dengan Sutan Puasa. Itu tidak boleh,” katanya.



Sebelum ini, pertubuhan radikal itu dalam satu kenyataan menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menyemak semula kandungan buku teks Sejarah sekolah menengah, setelah seorang pakar mendakwa ianya terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah yang tidak dinamakan itu mendakwa buku teks berkenaan kurang memperkenalkan sejarah dan budaya kaum lain, tidak menggambarkan keadaan sebenar serta tidak tepat.

“Realitinya, sudah sekian lama buku teks Sejarah KPM sekolah rendah dan menengah bersifat eksklusif, kandungan fakta sejarahnya tidak seimbang dan tafsirannya tidak tepat, selain tidak memberi gambaran penuh seperti situasi negara yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama,” dakwa Dong Jiao Zong.



 

Isu SJKC: Mana Menteri Pendidikan? Apakah PN juga sokong vernakular


Sebaran :


Leave a Reply