Biodata Artis Izara Aishah



Sebaran :

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang  Artis Izara Aishah yang telah dikemaskini pada 27 Apr 2021. Izara Aishah atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham (lahir 28 September 1992) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem.

Izara Aishah dilahirkan pada Isnin, 28 September 1992 Masihi bersamaan 1 Rabiatulakhir 1413 Hijrah di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor dan berdarah kacukan Melayu (bapa) dan Pakistan (ibu), beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik dalam keluarganya. Izara mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Seafield 3 dan SK Bukit Indah, seterusnya beliau mendapat pendidikan menengahnya di SMK Cochrane dan SMK Seri Hartamas. Beliau bekelulusan Diploma Seni Persembahan daripada Universiti Sunway di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor.

Izara Aishah
Kelahiran
Izara Aishah binti Hisham

28 September 1992 (umur 28)

Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pendidikan Diploma Seni Persembahan
Pusat pendidikan Kolej Universiti Sunway
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2011–kini
Ketinggian 1.66 m (5 ka ​5 38 in)
Pasangan Adib Khalid (k. 2017)
Anak 1
Keluarga Khalid Mohamad Jiwa (bapa mertua)
Maklumat pemodelan
Warna rambut Hitam
Warna mata Perang

FOTO

“Saya Tak Amalkan Budaya Seperti Ini,” – Bukan Tindakan Biadab, Izara Aishah Tak Kisah Non-Muslim & Wanita Uzur Makan Secara Terbuka Di Bulan Puasa?


Sebaran :


Leave a Reply