50,000 pengguna pilih aplikasi Mindful Muslim



Sebaran :


Murung, rasa tidak tenang dan kurang bersemangat antara gangguan kesihatan mental yang paling lazim dihidapi umat Islam di negara ini tanpa mengira umur dan taraf ekonomi mereka.

Oleh itu, pentingnya kesedaran dan langkah penyelesaian awal untuk membendung peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

Menyedari hal itu, Mindful Muslim iaitu aplikasi penenang jiwa berkonsepkan Islam pertama di dunia tampil menyediakan perkhidmatan seperti bacaan al-Quran, doa rukyah dan ceramah motivasi



Lebih menarik, ia diiringi dengan bunyi alam semula jadi seperti hujan, ombak dan air terjun yang menggantikan muzik dalam menimbulkan rasa tenang kepada penggunanya.

Bayangkan selepas anda bangun tidur dan mendengar ceramah motivasi pagi untuk memulakan hari dengan penuh semangat menerusi aplikasi tersebut.

Bagi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindful Muslim, Mohamad Akhtaar Abdul Ghani, aplikasi yang telah dilancarkan pada tahun lalu itu kini mempunyai 50,000 pengguna di serata dunia.



“Objektif utama pembangunan aplikasi ini adalah untuk membantu meningkatkan kesihatan mental umat Islam yang berdepan pelbagai cabaran pada masa kini dengan elemen Islamik.

“Saya melihat tidak ada aplikasi seumpama ini yang berkonsep Islamik lantas ia telah mendorong pihak kami untuk menyediakan platfrom Mindful Muslim bagi membantu umat Islam seluruh dunia dalam mendepani masalah tekanan jiwa,” kata anak kelahiran Singapura itu.

Berkongsi idea membangunkan aplikasi tersebut, Mohamad Akhtaar memberitahu, ia bermula apabila dirinya berasa tertekan dengan kerja yang terlalu banyak dan memenatkan.



Gara-gara itu, beliau mencari platform untuk meredakan tekanan tetapi tidak menemui yang berkonsep Islamik dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

“Saya sering berasa tertekan sehingga sukar tidur kerana eban kerja yang terlalu banyak dan melayani pelbagai kerenah pelanggan membuatkan

“Justeru, saya cuba mencipta sesuatu sebagai terapi untuk diri sendiri dan menyedari bahawa perkara ini perlu diperluaskan kerana ia sangat berguna untuk membantu saudara Islam memulihkan semula emosi mereka,” jelasnya yang juga merupakan Pengarah Agensi Pemasaran Digital di ALQ Creative Pte. Ltd.



Mohamad Akhtaar juga merupakan individu yang bertanggungjawab menerbitkan naskhah Motivational Moments 500 by Mufti Menk.

Mindful Muslim mempunyai beberapa ciri istimewa iaitu bacaan ayat suci al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah, doa-doa khas untuk menghilangkan tekanan dan pelbagai bunyian alam semula jadi.

“Aplikasi ini memiliki 51 kisah para Nabi dan setiap bulan akan dimuat naik tujuh cerita baharu.



“Pengguna boleh mendengar cerita ini dengan diiringi pelbagai pilihan bunyi alam semula jadi mengikut cita rasa masing-masing yang akan membuatkan perasaan berasa tenang,” ulasnya yang kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Komunikasi di Auckland University of Technology (AUT), New Zealand.

Mohamad Akhtaar berkata, menerusi kisah-kisah dan ceramah motivasi yang santai itu mengajar kita untuk lebih kuat, sabar dan yakin bahawa setiap ujian itu mempunyai hikmah tersembunyi.

Pengguna boleh memilih pelbagai surah, doa, ceramah motivasi serta kisah para Nabi untuk diletakkan di dalam senarai pemain dan mendengarnya sebelum melelapkan mata pada waktu malam. Menariknya, aplikasi tesebut juga mempunyai versi suara wanita dan lelaki agar pengguna boleh mendengarnya dengan lebih selesa mengikut jantina masing-masing.



Aplikasi itu boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan.

Menurutnya, kebanyakan pengguna Mindful Muslim terdiri daripada wanita berusia 25 hingga 35 tahun yang tertekan ekoran pelbagai perkara seperti pekerjaan dan urusan rumah tangga selain golongan saudara baharu. MG

Neelofa lancar aplikasi gaya hidup Muslim 2021


Sebaran :


Leave a Reply