Pengganas Israel dengki lepas gas pemedih mata dalam himpunan Palestin
Bantahan di Tebing Barat untuk rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur
Rakyat Palestin terus menjadi mangsa keganasan rejim penjajah Israel dalam pertempuran di Tebing Barat yang diduduki, semalam.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, mereka yang cedera dirawat akibat terhidu gas pemedih mata di Nablus, utara Tebing Barat.
Pertempuran malam Sabtu tercetus di bandar itu semasa perhimpunan diadakan oleh rakyat Palestin yang mengikuti solat sunat tarawih.
Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Honda City langgar lampu merah rempuh motosikal
Bantahan diadakan di beberapa bandar di seberang Tebing Barat yang diduduki pada Sabtu bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis Timur, di tengah-tengah serangan peneroka dan percubaan tentera Israel untuk mengehadkan kehadiran mereka di Kota Lama Baitulmaqdis.
Lebih 100 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel dan penduduk tempatan di Baitulmaqdis sejak Khamis.
Selain itu, beberapa kumpulan ekstremis Yahudi menggesa untuk menyerang warga Palestin sebagai tindak balas ‘serangan rakyat Palestin terhadap rakyat Israel di bandar’ – menurut dakwaan mereka. – Agensi