Honda City langgar lampu merah rempuh motosikal


Rakaman yang tular menunjukkan kereta Honda City melanggar sebuah motosikal ketika lampu isyarat merah.

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal dilanggar lari sebuah kereta Honda City di satu persimpangan lampu isyarat, semalam.

Menerusi rakaman kamera perakam video (dashcam) yang tular di media sosial, dalam kejadian 5.36 petang, kereta itu melanggar lampu isyarat merah, sebelum terbabit kemalangan dengan motosikal yang datang dari arah kanan.

Kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal terjatuh, namun tidak dapat dipastikan kecederaan dialaminya.



Berdasarkan rakaman berdurasi 32 saat itu, kejadian dikatakan berlaku di persimpangan lampu isyarat di kawasan Selayang, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Tiada laporan, kita akan buat semakan sama ada benar ia berlaku di Selayang,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

[VIDEO] Tular pengguna motosikal selamba langgar lampu merah depan Polis Trafik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker