Jurulatih futsal cabul remaja perempuan direman



Sebaran :


Seorang jurulatih futsal direman empat hari bagi membantu siasatan kes cabul remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kereta di Puchong, awal Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman, berkata suspek berusia 33 tahun ditahan 9.30 malam kelmarin, dan polis turut merampas kereta Perodua Aruz miliknya bagi membantu siasatan.

Katanya, dalam kejadian 10 malam itu, mangsa mengikut suspek yang baru selesai menjalani latihan futsal untuk membeli ubat di farmasi sebuah stesen minyak di Puchong.



“Semasa berada dalam kereta di hadapan farmasi itu, mangsa telah meminta suspek untuk membantu mengurut bahunya kerana sakit ketika bermain futsal.

“Ketika suspek mengurut bahu mangsa, tiba-tiba tangannya telah turun ke paha mangsa, sebelum menyeluk seluar mangsa,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa menolak dan menepis tangan suspek beberapa kali.



“Suspek menyatakan hanya sekejap sahaja dan cuma mereka berdua yang tahu apa yang berlaku, selain meminta mangsa untuk tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai insiden itu, mangsa hanya mendiamkan diri kerana takut,” katanya.

Khalid berkata, mangsa dinasihatkan membuat laporan polis selepas kejadian itu diketahui oleh abangnya.

“Suspek direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT



Cabul pelajar : Pengetua sekolah ditahan bantu siasatan


Sebaran :


Leave a Reply