Ahli politik perlu hormati, pertahan institusi raja

SHAH ALAM – Ahli-ahli politik sewajarnya bertanggungjawab untuk lebih menghormati dan mempertahankan institusi raja-raja berbanding agenda parti politik masing-masing.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, perbuatan menghina martabat, kedaulatan dan kuasa institusi raja yang membimbangkan itu sebenarnya akibat permainan politik bagi memenuhi cita-cita dan agenda pihak tertentu.

“Hal ini tidak boleh diterima lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh mereka yang memperagakan diri sebagai pemimpin dan wakil rakyat.

“Telatah ahli politik tertentu dalam penaklukan institusi raja-raja termasuk secara halus hanya disebabkan oleh kegagalan dalam mencapai cita-cita dan agenda politik mencerminkan moral dan etika masing-masing yang menyedihkan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

67% sokong Muhyiddin, #kerajaangagal bidaah saja

Mohd Rafiq berkata, perbuatan itu jelas bertentangan dengan petunjuk dan inti pati identiti nasional seperti yang termaktub dalam Rukun Negara yang menuntut kesetiaan kepada raja, moral dan budi bahasa dalam kalangan masyarakat.

“Tingkah laku ahli politik ini pastinya ditiru oleh orang awam seperti kita dapat saksikan yang sedang berlaku dalam media sosial iaitu berleluasanya komen-komen yang mengejek, menghina dan berniat jahat.

“Jika budaya seperti ini berterusan, ia akan membawa kepada kebencian dan keruntuhan terhadap sistem institusi raja-raja serta kedaulatan undang-undang dan perlembagaan persekutuan di mana semua ini merupakan landasan yang sangat penting untuk negara kita yang tercinta,” katanya.

Tambah Mohd Rafiq, ahli-ahli politik yang bertanggungjawab perlu merenung keterlanjuran tersebut.

“Mereka mesti menghentikan ejekan, sindiran dan penghinaan terhadap institusi raja-raja dengan serta-merta. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada rakyat,” katanya.

Mesyuarat MT Hari Ini Akan Menentukan Jatuh Bangun UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker