‘Doakan saya kuat’ – Nash dilaporkan stabil selepas kemalangan

Penyanyi, Datuk Nashrudin Elias atau Nash yang cedera selepas kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di pada Selasa, kini dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, ketika ini, beliau mengalami sakit di bahagian belakang kesan kemalangan berkenaan.

Perkembangan itu dikongsi rakan artis, Azlee Senario melalui satu rakaman video di laman sosial Facebook.

“Terima kasih semua yang datang ke hospital. Saya dalam keadaan yang stabil, cuma ada jahit sikit di bibir dekat atas dan bawah. Selain itu ada cedera di siku. Saya juga ada sakit urat belakang saya, rasa macam tegang sangat, memang sakit sangat. Jadi, yang paling penting doakan untuk saya,” kata Nash.

Dalam kejadian 4 petang Selasa itu, Nash mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada.

SEREMBAN: Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 62, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Katanya, vokalis kumpulan Lefthanded itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki Nash dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain ketika dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

“Kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai melanggar lopak air menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan ringan membabitkan beberapa luka di badan.

Vokalis kumpulan Lefthanded itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker