Subhanallah! Mustajabnya berdoa pada 4 waktu bulan Ramadhan
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, “tidak ada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah daripada doa” HR Tirmizi & Ibn Majah
Di dalam bulan yang mulia ini terdapat 4 waktu yang paling mustajab jika seseorang berdoa. Kejarlah waktu-waktu ini dan mintalah apa pun, insya Allah akan dimakbulkan Allah S.W.T.
Pertama: Waktu Sahur
Waktu ini juga termasuk dalam waktu sepertiga malam yang mana ia adalah waktu yang Allah janjikan untuk terima segala permintaan hamba Nya. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tuhan kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia ketika sepertiga malam. Lantas Allah berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada Ku, maka akan Aku kabulkan. Sesiapa yang meminta kepada Ku akan Aku beri. Sesiapa yang meminta keampunan kepada Ku maka akan Aku ampuni” HR Bukhari
Kedua: Waktu berpuasa
Bagi orang yang berpuasa, mereka punya waktu mustajab yang paling panjang iaitu dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Selama mana dia berpuasa maka selama itulah segala yang diminta insya Allah akan Allah kabulkan. Dari Abu Hurarirah r.a. Baginda s.a.w. bersabda,
“tiga orang yang doanya tidak tertolak, orang yang berpuasa sampai dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi” HR Ahmad
Oleh itu bagi yang sedang berpuasa sekarang, perbanyakkanlah berdoa setiap masa, mana tahu antara salah satu doa yang diminta itu diterima Allah
Ketiga: Waktu berbuka
Daripada Abdullah b. Amr r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda, “sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doanya tidak akan ditolak” HR Ibnu Majah
Mohonlah doa supaya berbuka puasa
Keempat: Malam lailatul qadar
Di dalam bulan Ramadan, Allah S.W.T. memberikan nikmat malam lailatul Qadar di mana segala amalan akan dilipat gandakan sebanyak 1000 bulan dan doa-doa mereka akan dimakbulkan Allah.
Daripada Aisyah r.ha. beliau menyatakan bahawa “apabila masuk 10 akhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya.” HR Bukhari
Menurut imam Qurtubi, “mereka (para malaikat dan Jibril a.s.) turun daripada setiap langit dan sidratul muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar dan membawa rahmat dengan perintah Tuhan.” Utv
You must be logged in to post a comment.