Pengawal keselamatan maut ditetak, polis kesan dua beradik suspek utama


LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun maut dipercayai ditetak dalam satu pergaduhan di perumahan pekerja di sebuah ladang di Ulu Segama, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata mangsa yang berkerja sebagai pengawal keselamatan itu maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala dan bahu selain kedua-dua lengan serta tapak kaki kanannya hampir putus.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kejadian jam 6.55 pagi itu bermula apabila mangsa dipercayai menyerang suspek yang juga adik-beradik kerana berang dipersendakan.

“Perselisihan faham itu menyebabkan pergaduhan yang seterusnya mengakibatkan mangsa maut. Mayatnya dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya di sini, pada Ahad.



Beliau berkata, polis sudah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 35 tahun untuk membantu siasatan, namun dua beradik yang juga suspek utama sedang dikesan.

Beliau berkata, pihaknya juga mencari dua lelaki masing-masing dikenali sebagai Darwin, 35, dan Darin, 23, untuk membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis dengan segera.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Awani

Suspek bunuh, sorok mayat bawah katil direman – Polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker