Biodata dan Latar Belakang Elly Mazlein

Biodata

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia berasal dari Slim River, Perak.

Beliau mewarnai dunia seni menerusi penerbitan empat buah album studio yang mengandungi lagu-lagu berkonsepkan Pop dan Irama Malaysia.

1. Nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi. Menggunakan nama pentas, Elly Mazlein dan lebih selesa disapa sebagai ‘Kak Lina Pom Pom’.

2. Kelahiran Slim River, Perak pada 17 Disember 1980. Berumur 39 tahun.

3. Merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1997.

4. Memperjuangkan genre muzik Pop dan Irama Malaysia menerusi penerbitan empat buah album studio iaitu Sutera Kasih pada 1997, Satu Persatu (1999), Elly (2001) dan Atas Nama Cinta (2003).

5. Antara lagu-lagu dipopularkannya seperti Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Bungaku Bakawali, Sabarlah Hati, Pendita Penipu, Cukuplah Sekali dan banyak lagi.

6. Bakatnya dalam bidang lakonan digilap oleh pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam menerusi siri Gerak Khas.

7. Lain-lain drama dibintanginya, antaranya seperti Spa Q, Vila Ghazara, Patah Sayap Bertongkat Paruh, Kau Yang Pertama, Kampung People dan Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.

8. Termasuk telefilem Sembilu Kasih, Jangan Simpan Tangismu, Pelita Buluh, Asam Pedas Pewitt dan banyak lagi.

9. Penglibatannya di layar perak menerusi filem Janji Diana, Tangkai Jering, GK3 The Movie, Awan Dania The Movie dan Kapsul.

10. Pernah bergelar isteri kepada pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Sara Sefhia. Jodoh Elly dengan Azmi tidak panjang apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

11. Bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang guru bernama Mohamad Azlan yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kelantan, pada 17 Januari 2020. Mereka terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 17 Disember 2019.

Fakta Menarik

  • Namanya pernah berdiri sebaris dengan penyanyi seangkatan di zaman era 90-an seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Liza Hanim.
  • Bekas penyanyi NAR Records di mana beliau mengikat kontrak dengan syarikat rakaman berkenaan pada tahun 1997 selama lima tahun.
  • Album ketiganya yang berjudul Elly mencapai jualan mencecah 60,000 unit sekaligus menjadi 10 album terlaris di Malaysia pada tahun ia diterbitkan. Ia merupakan kesinambungan kepada kejayaan album terdahulu bertajuk ‘Satu’ dengan jualan melebihi 50,000 unit.
  • Kurang aktif dalam bidang nyanyian sejak 2005 kerana pasaran muzik yang lembab, selain faktor kontrak rakaman.
  • Menyertai Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) pada 2016 sebelum bertindak menarik diri pada konsert minggu keempat.

 

Foto

VIDEO

 

Elly Mazlein naik geram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker