Nurul Fatin Nabihah, Siti Naziah harumkan nama Malaysia, 10 teratas peperiksaan ACCA



Sebaran :


DUA pelajar Malaysia, Nurul Fatin Nabihah Hamdan dan Siti Naziah Mohamad Nazid, mengharumkan nama negara apabila masing-masing berjaya menempatkan diri di antara 10 teratas dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Memetik laporan Astro Awani, pelajar di bawah seliaan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) itu merupakan antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.

Nurul Fatin Nabihah, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) tajaan Yayasan Sime Darby berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR).



Anak sulung daripada empat beradik itu kehilangan bapa pada usia 11 tahun dan kemudiannya dibesarkan oleh bapa tirinya yang bekerja sebagai petani, sementara ibunya merupakan seorang suri rumah tangga.

Mengikuti pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Fatin juga berjaya lulus di dalam satu lagi kertas yang diambilnya iaitu Advanced Taxation (ATX).

Dalam pada itu, Siti Naziah, pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pula, berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kesembilan di dunia bagi kertas Audit & Assurance (AA).



Naziah, anak sulung daripada dua beradik, menghadapi cabaran yang getir kerana kehilangan ayah pada 2018 akibat kanser.

Ketika itu, beliau sedang sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan CAT.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyPAC, Datuk Zaiton Mohd Hassan berkata, kejayaan pelajar-pelajar dari golongan B40 dan asnaf itu jelas membuktikan yang sekiranya diberi peluang dan bimbingan, mereka juga mampu berjaya dengan cemerlang di peringkat global.



“MyPAC, dengan kerjasama pelbagai pihak korporat dan badan-badan zakat akan meneruskan usaha murni ini, bagi memastikan lebih ramai pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat peluang menjadi akauntan profesional,” katanya.

MyPAC menzahirkan penghargaan kepada pihak Kementerian Kewangan atas kepercayaan mereka, sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan menambah bilangan akauntan profesional Bumiputera pada masa hadapan. Utv

Pelajar cemerlang, konon… Perdaya Ibu Bapa dengan jumlah keseluruhan RM1.4 Juta


Sebaran :


Leave a Reply