Pelajar cemerlang, konon… Perdaya Ibu Bapa dengan jumlah keseluruhan RM1.4 Juta

 

Taipei: Padah menipu ibu bapanya kononnya pelajar terbaik di universiti terkemuka di dalam dan luar negara, seorang lelaki dari Taoyuan, Taiwan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah daerah tempatan.

Tertuduh berusia 35 tahun itu menipu ibu bapanya dan mengambil wang mereka untuk membiayai pengajian di ‘universiti’ itu.



Agensi Berita Pusat Taiwan melaporkan, lelaki dikenali dengan nama keluarganya Kuo dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Taoyuan selepas didapati bersalah atas tuduhan penipuan dan pemalsuan dokumen.

Mahkamah mendapati dia mencuri 165,000 dolar Taiwan (kira-kira RM24,000) daripada ibu bapanya dan memalsukan kad pelajar NTU.

Tetapi ibu bapanya yang membuat laporan kepada pendakwa raya, berpendapat anak lelakinya mencuri hampir 10 juta dolar Taiwan (RM1.4 juta) daripada mereka dengan menyamar sebagai pelajar selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, Kuo boleh mengemukakan rayuan yang boleh ditukar kepada hukuman denda.



Menurut siasatan pendakwa raya Taoyuan, Kuo, yang mendaftar di sebuah kolej teknologi swasta pada 2004 dan mulai menipu ibu bapanya untuk menggunakan wang mereka pada 2007.

https://mykmu.net/2017/08/17/tun-miliki-hampir-100-juta-keping-wang-kertas-rm500-rm1000/

Ibu bapanya mendakwa anaknya mengambil hampir 10 juta dolar Taiwan daripada mereka antara 2007 dan 2013 dengan alasan perlu membayar wang pengajian atau kos sara hidup serta membiayai penyelidikan sambil mendakwa dia adalah pelajar terbaik di universiti tempatan dan luar negara.

Penipuan Kuo tersimpan rapi sehingga 2017 sehinggalah orang tuanya curiga dan menghubungi NTU.



Mereka mendapati dia menggunakan diploma dan sijil kerja palsu untuk mendapatkan wang daripada mereka.

Akibat marah dan kecewa, ibu bapa Kuo membuat laporan dan menuntut supaya dia membayar kembali wang itu.

Dalam perbicaraan di mahkamah, Kuo mengaku menunjukkan kad pelajar palsu kepada ibu bapanya tetapi menafikan mencuri wang 10 juta dolar Taiwan.

Dia berpendapat wang itu sebagai ‘hutang’ selepas ibu bapanya memaksa dia bekerja di kuil tanpa bayaran sejak kecil.



Ibu bapa Kuo mengatakan mereka sangat bangga dengan anak lelaki mereka dan sama sekali tidak menyedari dia menipu termasuk menghadiri majlis graduasi anak mereka di NTU.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker