[VIDEO] Wanita pukul majikan gatal melucah dengan kayu mop

BEIJING – Tindakan seorang wanita di China yang memukul majikannya dengan batang mop menjadi tular di media sosial, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Dalam kejadian di Beilin, wilayah Heilongjiang, wanita yang hanya dikenali sebagai Zhou itu dirakam memukul ketuanya dengan mop lantai berulang kali kerana lelaki itu dikatakan menghantar pesanan ringkas berbaur lucah kepadanya dan beberapa kakitangan perempuan lain.

Selain memukul wajah ketuanya, Zhou juga membaling buku ke arah lelaki itu.

Ketuanya yang hanya dikenali sebagai Wang dilihat tetap duduk di kerusi ketika Zhou memukulnya. Wanita itu berhenti seketika dan menjerit sebelum memukul Wang semula.

Video berdurasi 14 minit itu tular di aplikasi Weibo dan dikongsi berjuta-juta kali sejak Ahad minggu lalu.

Wang dilihat meminta maaf dan memberitahu bahawa mesej yang dihantar itu hanya gurauan.

Zhou bagaimanapun tetap menganggap ia sebagai gangguan.

Di penghujung rakaman itu, Zhou turut membaling bekas air ke muka Wang dan menolak monitor komputer ketuanya.

Zhou berkata, dia menerima ‘teks pesanan ringkas yang tidak sepatutnya’ sebanyak tiga kali daripada Wang dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Kajian dalaman yang dijalankan mendapati Wang mempunyai masalah disiplin hidup dan dipecat daripada jawatannya dan disingkirkan daripada Party Komunis, lapor Xinhua News Agency. -Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker