Azmin jangan tidur, kerajaan sudah tidak ada banyak wang


Berikutan pengakuan Perdana Menteri bahawa kerajaan sudah tidak ada banyak wang, pemimpin Umno menyalahkan Menteri Kanan Ekonomi Datuk Sri Mohamed Azmin Ali yang dianggap tidak cekap untuk menarik pelabur asing.

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berpendapat, Azmin tidak berapa kompeten untuk menarik pelabur asing ke negara ini.

“Menteri kanan yang jaga MITI pula macam tidak kompeten untuk menarik pelabur asing. Minta Azmin jangan tidur,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Sebelum ini, ketika kerajaan Pakatan Harapan, Azmin juga diserang kerana kegagalan beliau dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerana beliau lebih banyak bermain politik dari menjalankan tugasnya.

Sepatutnya, kata Puad ang merupakan bekas timbalan menteri kerajaan BN itu, kerja untuk para menteri dan timbalan menteri sekarang sudah banyak kurang ekoran Parlimen dicutikan.

“Kerja luar sudah kurang. Parlimen sudah lama cuti,” kata beliau berikutan tindakan kerajaan mengenakan perintah darurat dan menggantung tugas Parlimen.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan BN dahlu itu sempat menyindir seorang timbalan menteri kerajaan PN yang tidur dalam satu majlis.

“Itu pun ada Menteri yang tidak cukup tidur. Dalam majlis boleh tidur nyenyak. Takkan nak potong gaji penjawat awam pula,” kata beliau.

Beliau berharap, kerajaan PN menyelesaikan masalah ini dengan berhutang dan menjual aset negara sahaja untuk menambahkan wang negara.

“Jangan setakat berhutang dan jual aset negara,” kata beliau.

Menurut beliau, Kerajaan PN merancang berhutang sebanyak RM95B pada tahun 2021.

“Bermakna hutang akan naik kepada RM975 bilion (berbanding RM687B sebelum PRU14).

“Memang tidak salah kerajaan berhutang untuk bantu rakyat masa pandemik. Tetapi kerajaan perlu ada formula baru untuk tambah hasil negara,” katanya. MD

Kerajaan dah tak ada banyak wang, kata Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker