Tutup bazar, tiada rentas negeri di Aidilfitri, keputusan politik atau menjaga masalahat?

 

Larangan untuk umat Islam di negara ini pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri dilihat sebagai langkah terbaik bagi membendung pandemik COVID-19 yang tatkala ini semakin membimbangkan.

Selain itu, bazar Ramadan juga perlu diarah tutup kerana rata-rata pihak tahu sukar bagi rakyat membentuk disiplin kendiri yang ketat bagi menjaga prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam terbuka, tanpa penguatkuasaan ketat dari pihak berkuasa.



Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berkata, ini sedikit berbeza dengan tempat awam tertutup seperti masjid yang setakat ini mampu mengawal selia SOP dengan baik untuk solat fardhu, solat Jumaat dan solat tarawih.

“Kita juga faham beban pihak RELA, polis dan tentera yang sudah sampai tahap maksimum. Mereka telah terlalu kepenatan dan kurang anggota untuk berkawal di setiap bazar Ramadan di seluruh negara.

“Justeru, langkah terbaik ialah tutup!

Sebab puasa, bodyguard kena pukul, ugut bunuh oleh majikan



Walaupun ini mungkin menjejaskan pendapatan para peniaga, namun jika kes semakin meningkat dan PKP penuh terpaksa diadakan semula, ekonomi yang merudum pastinya akan memberi impak jangka masa panjang yang lebih memeritkan kepada para peniaga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi mengurangkan kesempitan hidup yang dialami peniaga sekiranya langkah itu diambil, Muhammad Lukman menyarankan kerajaan memberikan bantuan khas kepada mereka.

“Demi memastikan momentum ini berterusan, sebarang pergerakan merentas negeri untuk berhari raya juga perlu disekat.



“SOP ini tidak sedikit pun mengurangkan pahala dan kemeriahan Ramadan dan sambutan Syawal kita.

“Inilah yang dikatakan norma baharu. Kerajaan perlu tegas dan seluruh rakyat perlu patuh tanpa jemu!” tegasnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker