Mayat ditutup dengan daun

Sebaran :


Lenggong: Mayat lelaki berpakaian lengkap ditemukan di dalam kebun getah di Kampung Banggol Batu dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mangsa, Jamaluddin Hamzah, 55, yang beralamat di Kampung Biong, Sauk, Kuala Kangsar, didapati meninggal dunia dengan kesan kecederaan di pipi kanan dan kepala serta darah di kedua-dua telinga.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 1.20 pagi.

“Ketika sampai di tempat kejadian, didapati mayat mangsa berada di antara pokok getah dengan ditutup menggunakan daun, kira-kira 300 meter dari jalan raya.

“Mangsa mungkin dipukul dengan objek keras berpandukan kesan-kesan kecederaan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat bagi mendapatkan punca kematiannya.

Polis juga sudah menahan seorang suspek bagi membantu siasatan kes ini. HM

Mayat tergantung diikat pada kayu, kepala di lantai


Sebaran :

Leave a Reply