ISU – SAIFUL APEK ‘PEGANG TANGAN’ FIZA HALIM
“Tapi pada saya sendiri juga, gambar itu sebenarnya nampak macam saya berpegang tangan tapi sebenarnya tu memang angle. Tangan tidak bersentuhan langsung. Saya mohon maaf jika ada yang salah tafsir dengan hubungan kami yang sebenarnya memang macam adik beradik.
“Kebetulan benda tu terpapar dalam gambar, tak sengaja dimuat naik dan mengundang provokasi,” demikianlah perjelasan pelawak dan pelakon Saiful Apek yang akhirnya tampil menjawab dakwaan dan menjelaskan mengenai gambar ‘mesra’ bersama pelakon Fiza Abdul Halim yang dilihat seolah-olah berpegangan tangan sehingga mencetuskan kontroversi.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam dalam masa sama juga memohon maaf kerana telah menimbulkan salah faham orang ramai. Saiful Apek mengakui dia mempunyai hubungan baik dengan kebanyakan pelakon. Menurutnya, ramai yang menganggapnya seperti abang namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk dia bergambar sebegitu.
“Tapi pada saya sendiri juga, gambar itu sebenarnya nampak macam saya berpegang tangan tapi sebenarnya tu memang angle. Tangan tidak bersentuhan langsung.
“Saya mohon maaf jika ada yang salah tafsir dengan hubungan kami yang sebenarnya memang macam adik beradik. Kebetulan benda tu terpapar dalam gambar, tak sengaja dimuat naik dan mengundang provokasi,” tuturnya.
Mengakui khilaf, Saiful Apek berterima kasih kepada semua yang sudi menegur. Dia bersikap terbuka dan sangat mengalukan sebarang teguran. Kata Saiful lagi, selagi individu menyedari, menyesali dan memperbaiki maknanya ada proses muhasabah diri.
Malah, hubungan rapatnya dengan Fiza bukanlah satu rahsia kepada suami Fiza sendiri. Saiful Apek mengenali mereka dari awal bekerja dalam industri dan sudah seperti adik beradik. Namun, dia menegaskan itu boleh dijadikan alasan untuk berkelakuan sedemikian.
You must be logged in to post a comment.