Ibu hampir rebah, anak hadiahkan banglo elit
Setiap anak pasti bercita-cita untuk membahagia kedua ibu bapa yang sudah berkorban membesarkan mereka.
Begitupun, apa pun hadiah yang diberi tidak setimpal dengan penat lelah mereka, namun ia sedikit sebanyak mampu menggembirakan orang tua tersayang
Menerusi hantaran seorang usahawan kosmetik dikenali sebagai Juzailah Shariff, dia telah berkongsi video reaksi ibunya yang kini viral apabila dihadiahkan sebuah rumah banglo di kawasan elit selepas puluhan tahun tinggal di rumah flat.
Menurut Juzailah, ibunya yang juga seorang ibu tunggal telah membesarkan mereka empat beradik dengan kudratnya dari mereka kecil sehingga sudah berjaya.
Kejutan tersebut sebagai satu bentuk penghargaan buat ratu hati mereka selepas empat tahun membina empayar perniagaan.
Bagaimanapun, ketika ibu mereka masuk ke dalam rumah baru, suasana sedikit panik apabila wanita itu tiba-tiba rebah. Apa yang lebih membimbangkan adalah ibu Juzailah menghidap penyakit jantung.
Setelah berehat sebentar dia kembali pulih dan menyatakan sangat bersyukur kerana tidak sangka Allah memberikan anak-anaknya rezeki yang luas sehingga dapat membeli rumah yang selesa untuk mereka sekeluarga.
Sehubungan perkongsian tersebut, ramai yang tersentuh hati menonton video yang berdurasi dua minit enam saat itu di Instagram Juzailah kerana dapat merasai betapa bersyukurnya seorang ibu apabila dihargai oleh anak-anak.
Juazailah turut meluahkan isi hatinya Instagram miliknya.
“Bismillahirrahmanirrahim…
“Alhamdulillah penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat membelikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah skrg. Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.
“Kami ambil ummi di rumahnya di Flat Bandaraya Sri Perak Sentul, dimana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yg sgt cekal. Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini.
Terima kasih ummi🥰
“Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik! Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah..🥺
“Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan mcm mana berderau ada saya! Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik itu! 😅 Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi smp nak rebah lemah tadi?
“Ummi jawab “bersyukur sgt pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dkt anak-anak ummi, dpt menumpang hidup duduk rumah selesa”. Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dkt flat sbb ramai kwn2, senang nak gi terawih dan mengaji.
“Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah itu terlalu banyak memori dan kenangan.
“Cuma skrg ummi dah berusia dan kesihatan x seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dgn kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama2 selepas ini..
“Moga Allah bagi kesempatan untuk kami jaga ummi pula.. Walaupun apa yang kami buat ini sbnrnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorbanan ummi
“Ju harap ummi bangga dgn pencapaian anak2 ummi skrg dan in shaa Allah kami akan terus berusaha lagi.. Kita dulu org susah. Susah sangat! Ju masih ingat semua tu…
Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami. Ju harap ummi suka rumah baru kita ni. Iya hadiah buat umi. Kami anak-anak ummi syg ummi dunia akhirat ❤️
“Semoga yg lihat video dan baca akan dpt manfaat dan akan buat yg sama untuk ubah kehidupan mereka dan ibubapa serta family mereka,” tulisnya. MG
‘Ibu Ekspres’ 11 Anak..Menakjubkan
You must be logged in to post a comment.