Lakukan khianat di masjid, penagih ditahan PDRM

ALOR SETAR – Seorang penagih dadah mendakwa terdengar bisikan suara yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan khianat terhadap sebuah masjid di Kulim, dekat sini pada Selasa lalu dan awal pagi ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, lelaki yang berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi tadi dengan dia didapati positif dadah jenis syabu.

“Pada 19 September lalu, pihak kami menerima laporan menyatakan seorang individu telah merantai pagar masjid dan mengikat rantai tersebut dengan sejenis kain.



“Selain itu, lelaki tersebut turut melempar tong cat yang didakwa mengandungi lemak babi ke pekarangan masjid sebelum berlalu dengan memandu sebuah van,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan bagaimanapun mendapati bahan di dalam tong cat tersebut bukanlah lemak babi sebaliknya cat yang sudah keras.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 4 pagi ini kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian, hasil maklumat awam yang melihatnya membaling beberapa batang colok di depan pintu utama masjid.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku yang dia memang terlibat dalam perbuatan khianat sebelum ini dan ingin mengulanginya kerana terdengar bisikan suara. Ujian urin dijalankan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.



Mengulas lanjut Fisol berkata, suspek yang memiliki empat rekod lampau berkaitan kes dadah direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengundang ancaman kepada agama dan perkauman. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara antara dua hingga lima tahun,” tambahnya.

Fisol dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker