Macau Scam : Alvin Goh tiba di Kompleks Mahkamah untuk pendakwaan


KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Goh Leong Yeong atau lebih dikenali Alvin Goh yang dipercayai terlibat dalam kes pengubahan wang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Alvin yang berbaju serta seluar putih tiba di mahkamah kira-kira pukul 11.05 pagi dengan menaiki sebuah van dari Jabatan Penjara.

Sejurus tiba, suspek yang bergari dikawal ketat oleh anggota serta pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang kemudian dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen bagi proses pendakwaan.

Difahamkan hari ini pendakwaan yang akan dikemukakan terhadapnya membabitkan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). Selain Alvin turut akan didakwa ialah adiknya.



Pada 28 Oktober lalu Kosmo!, melaporkan selepas hidup sebagai pelarian selama 15 hari, Alvin Goh yang dicari bagi membantu siasatan kes Macau Scam dan judi online berjaya diberkas ketika bersembunyi di sebuah apartmen di Genting Highlands, Pahang. Apartmen itu terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu kota.

Alvin menjadi buruan polis sejak berjaya meloloskan diri selepas memanjat pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 11 Oktober tahun lalu bagaimanapun dia ditahan pada pukul 1.30 pagi oleh polis. K Online

Alvin Goh, Addy Kanna ditahan ikut POCA selama 2 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker