Gadis cantik jual ratusan mangkuk bakso sehari hasil resepi YouTube
JAKARTA – Seorang gadis penjual bakso di Bandung Barat, Indonesia mampu menjual ratusan mangkuk bakso setiap hari walaupun baru dua minggu berniaga, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Kedai bakso Pusaka yang diusahakan oleh Juni Kartika Dewi, 23, itu bukan sahaja menjadi pilihan ramai kerana kejelitaan pemiliknya tetapi juga disebabkan oleh rasanya yang enak.
“Kedai ini baru dibuka dua minggu. Alhamdulillah, respons yang diterima adalah bagus,” ujar Juni.
Anak pertama daripada tiga beradik itu mendapat idea memulakan perniagaan tersebut memandangkan jadual kuliahnya tidak sibuk.
“Ini adalah pekerjaan sampingan disebabkan aktiviti kuliah tidak terlalu padat selain dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya yang sedang menjalani tahun akhir di sebuah institut perguruan swasta di Jakarta.
Selain itu, Juni berkata, dia memilih untuk membuka kedai bakso kerana ia merupakan makanan yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat di Indonesia.
Meskipun keluarganya tidak memiliki latar belakang sebagai pembuat bakso, perkara tersebut tidak menghalang gadis itu untuk membuat bakso sendiri.
“Saya dan ibu belajar membuat bakso dengan hanya menggunakan YouTube.
“Kebetulan saya juga suka makan bakso, jadi saya belajar membuatnya. Jika ada yang kurang, pelanggan boleh beritahu dan kami akan memperbaiki rasanya,” katanya. Agensi
Putrajaya kini ‘lubuk’ udang galah
You must be logged in to post a comment.