Ibrahim Ali intai kerusi Gombak, runding parti menang PRU


KUALA LUMPUR, 11 April — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak akan menyertai mana-mana gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selaras dengan konsep parti tidak mahu terikat dengan manifesto blok tertentu, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Bagaimanapun katanya Putra terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang menubuhkan kerajaan sekiranya sokongan mereka diperlukan, selain kerjasama itu boleh membantu perjuangan Putra.

“ untuk menubuhkan kerajaan (selepas pilihan raya) pula adalah perkara berbeza.

“Apabila selesai pilihan raya, kita tengok keadaan sekiranya ada parti yang menang memerintah, jika mereka perlukan sokongan kita,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Putra P116 Wangsa Maju, di sini semalam.



Ibrahim berkata Putra menyasarkan untuk bertanding di 45 hingga 49 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU15 dengan 25 kerusi sudah disenarai pendek.

Beliau turut mengesahkan akan bertanding pada PRU itu dengan pilihan sama ada di Parlimen Gombak atau satu daripada kerusi Parlimen di Kelantan. Bernama

‘Malas ulas, buat sakit hati saja…’ Ibrahim Ali



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker