Air rendaman kurma, amalkan minuman sunnah ini setiap hari, tapi elak simpan lama


AIR rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.

Biasanya, sebelum ini kita hanya makan terus kurma tetapi tidak salah biasakan diri dengan amalkan air rendaman kurma pula.

Inilah cara pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.
Caranya cukup mudah dengan hanya rendam kurma yang telah ditetapkan dan bolehlah minum sewal pagi.

Ini antara perkongsian daripada Rohana Saad tentang air rendaman kurma atau air nabeez, minuman sunnah ang ramai orang tidak tahu.



Buatlah air nabeez waktu malam sebelum tidur dan di minum waktu sahur. Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak.

Insya allah dengan meminun air nabeez ini perut mampu bertahan seharian siang kita berpuasa. Buat ini untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka. Sahur esok air tu dah boleh diminum. Buatlah setiap malam sepanjang bulan Ramadan atau hari biasa pun boleh.

Minuman Sunnah Banyak Khasiat



Setiap hari makan 7 biji kurma, biji jangan buang, rendam dalam air. Sekurang-kurangnya, rendam air kurma ini selama 6 jam atau semalaman. Selepas itu, barulah minum.

Air ini sangat baik untuk pulihkan tenanga dan khasiatnya sama seperti kita makan kurma. Boleh juga guna 3/5/7biji kurma termasuk isi dan biji. Rendam semalaman & minum,

Ini minuman kegemaran Nabi kita.

Rendaman kurma ini dipanggil air Nabeez atau bahasa moden infused water. Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat.



Ini 10 Persediaan Perlu Dibuat Untuk Menyambut Kedatangan Ramadhan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker