UMNO, PAS punca Melayu Islam tak capai kesepakatan?

Jauh menyimpang dari perjuang kepentingan umat, bangsa

UMNO dan PAS didakwa punca utama mengapa bangsa Melayu dan umat Islam tidak akan mencapai kesepakatan dan membina kekuatan.

Kedua-dua parti politik itu juga didakwa sebab kenapa parti-parti bukan Melayu dan Islam semakin mengukuhkan kedudukan mereka dan mendominasi suasana politik hari ini.

Bagi mengelakkan masa depan dan agenda bangsa serta umat di tanah air sendiri hancur, pemerhati politik, Mohd Lutfi Abdul Khalid menggesa UMNO dan PAS kembali ke pangkal jalan

“Umat dan bangsa telah terlalu lama menanggung derita dan kerugian akibat dari persengketaan dan pertelagahan antara kamu, yang masih belum tamat lagi pada hari ini.

Ahli Umno dakwa dah keluar senarai ‘cai’ untuk ganti Zahid

“Jangan terkejut sekiranya dua tiga keturunan bangsa Melayu dan umat Islam selepas ini akan menyumpah kamu di atas ‘pengkhianatan’ dan ‘pengabaian tanggungjawab’ yang telah memakan masa puluhan tahun lamanya,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Atas dasar itu, beliau menggesa kedua-dua parti politik terbesar ini diberi pengajaran dan kesedaran bahawa mereka sudah jauh menyimpang dari memperjuangkan kepentingan umat dan bangsa.

“Sekiranya ada mana-mana pihak boleh dipersalahkan terhadap kacau bilau dan kecelaruan politik pada hari ini, mereka berdualah orangnya!

“Tanpa kamu berdua sedar (atau sengaja enggan mengakui), kamu berdua sedang menjayakan perancangan musuh tanpa secara percuma,” katanya.

Ismail Sabri desak Zahid segera lapor polis untuk memadam kesangsian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker