Video Malam Pertama Atta dan Aurel Dikecam

JAKARTA – Klip video malam pertama selebriti YouTube Indonesia, Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah dikecam pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) kerana dianggap menyebar perkara tidak berfaedah, lapor laman berita Suara Bali kelmarin.

Ketua Nahdlatul Ulama Pa­pua, Fritz Haryadi berkata, meskipun bukan pornografi, klip video itu menyebarkan pengaruh buruk kepada generasi muda.

“Ia adalah kebodohan yang sudah terlalu lama disajikan kepada generasi muda kita,” kata Fritz di akaun media sosialnya.



Fritz turut mengkritik kelompok YouTuber yang menghasilkan kandungan membawa pe­ngaruh negatif kepada penonton.

“Atta dan ramai YouTuber lain banyak hidangkan klip vi­deo dengan kandungan sama iaitu penuh drama, gosip hiburan serta gerakan agama yang radikal.



“Mereka semua pesohor media sosial yang teruk dan membawa pengaruh buruk kepada penonton,” tulisnya.

Video malam pertama Atta dan Aurel dihasilkan dalam empat siri video yang bertajuk Malam Pertama Atta Aurel, Kamar Malam Pertama Atta Aurel Kamar Raja Salman, Malam Pertama Aurel di Rumah Atta dan Buka Kado Malam Pertama Atta Aurel dan Ibu Jokowi.

Video bertajuk Malam Pertama Atta Aurel sehingga kini telah mencatatkan lebih lima juta tontonan.

Ia memaparkan aksi mesra suami isteri itu dalam sebuah bilik hotel selepas berakhir maj­lis perkahwinan mereka. – Agensi



Pelakon Watak Mak Lampir Meninggal Dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker