BAM pertimbang benarkan peminat ‘lepas rindu’

KUALA LUMPUR: Peminat badminton tanah air mungkin berpeluang melepaskan rindu menyaksikan pemain negara beraksi pada Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil, di sini yang dijadual berlangsung dari 25 hingga 30 Mei depan.

Ini berikutan kesediaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertimbangkan cadangan membenarkan kehadiran penonton ke venue Terbuka Malaysia itu selepas Aidilfitri nanti.

Presiden BAM Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya kini sedang menunggu lampu hijau daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan cadangan itu.



“Dari segi peratusan (kemasukan), mungkin boleh gunakan panduan daripada MFL (Liga Bola Sepak Malaysia). Ini pertandingan antarabangsa dan berskala besar.

“Jika Terbuka Malaysia berjaya, ia mampu menjadi penanda aras kepada sukan lain untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa di Malaysia,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Perlawanan bola sepak Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United FC pada 2 April lepas merupakan projek perintis protokol pengurusan semula penonton ke stadium.

Beza pandangan dalam BN tidak akan pecah belah parti – Ismail Sabri



Dalam pada itu, Mohamad Norza turut memaklumkan pihaknya akan menganjurkan Terbuka Malaysia mengikut konsep gelembung sukan bagi membendung wabak pandemik Covid-19 yang masih melanda negara dan dunia ketika ini.

Menurutnya, BAM masih berbincang dengan MKN mengenai konsep gelembung sukan termasuk jumlah pemain yang dikuarantin, proses kuarantin serta bagaimana ujian calitan dilakukan.

Tambahnya, pihaknya berhasrat mengaplikasikan konsep sama yang diguna pakai pada siri penganjuran sirkit Asia di Bangkok Thailand dan beberapa kejohanan terbuka di negara Eropah, dalam Terbuka Malaysiam kelak.



Katanya, BAM juga masih menunggu jumlah negara yang berminat menyertai Terbuka Malaysia nanti.

Pertandingan berbasikal Le Tour de Langkawi pada Februari 2020 kejohanan antarabangsa terakhir di Malaysia yang disertai penonton sebelum larangan penonton ke venue atau stadium untuk semua kejohanan sukan dikuatkuasakan susulan wabak Covid-19.

Mahathir perlu bertanggungjawab apa yang berlaku sekarang – Anwar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker