Malaysia Prihatin : Ismail Izzani, Naim Daniel Antara Yang Tampil Dalam Warna Merdeka

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 ini Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh telah menghasilkan sebuah lagu Warna Merdeka.

Menariknya lagu patriotik bergenre pop itu menampilkan penyanyi muda seperti Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe.

Menerusi Warna Merdeka, World Peace Entertainment menampilkan sebuah muzik video yang bertemakan penghargaan dan sokongan berterusan terhadap petugas barisan hadapan yang bekerja keras mengekang penularan wabak koronavirus (COVID-19).

Penceritaan muzik video itu diinspirasikan dari lukisan mural khas untuk petugas barisan hadapan yang menjadi viral akibat vandalisma.

World Peace Entertainment berjaya menghasilkan satu lagi mural yang bertemakan penghormatan yang sama dari hasil kolaborasi bersama Medeaprojekt.

Istimewa untuk peminat-peminat Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe, lagu ‘Warna Merdeka’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didengar dan dimuat turun di semua streaming platform, seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain. Gempak.com

←SEBELUM
"Tuhan Bagi Otak Untuk Berfikir ..." - Azar Azmi Bengang Dengan Kejadian Lelaki Mengamuk Di Masjid

“Tuhan Bagi Otak Untuk Berfikir …” – Azar Azmi Bengang Dengan Kejadian Lelaki Mengamuk Di Masjid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker