Amirudin bukan pandai memerintah – Sanusi

Amirudin bukan pandai memerintah – Sanusi

“Bukan Amirudin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari) pandai memerintah pun, dia mai cuci tangan saja,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membalas dakwaan bahawa beliau ‘tidak pernah melihat cermin’ apabila mendakwa Kedah akan lebih maju jika berhampiran Kuala Lumpur.

Terdahulu dalam perang mulut antara kedua pemimpin itu, Muhammad Sanusi mendakwa Selangor maju kerana berdekatan Kuala Lumpur dan bukan disebabkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Menjawab kritikan itu, Amirudin mengibaratkan rakan sejawatannya itu sebagai ‘tidak pernah melihat cermin’ apabila memberi contoh negeri jiran Kedah iaitu Pulau Pinang yang berkembang pesat dari segi pelaburan dan ekonominya, berbanding Kedah.

Dalam reaksinya, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) menegaskan situasi Kedah dan Selangor adalah berbeza kerana Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan pelbagai sektor serta industri di negara ini.

“Kuala Lumpur ada dalam Selangor, bukan di sebelah. Malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu diambil daripada tanah Selangor dan dibayar RM70 juta setahun, kemudian diambil Sepang untuk dibuat Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Semua pusat pertumbuhan, pembangunan, kewangan, ekonomi semua tertumpu di situ, limpahan itu memberi nikmat yang besar kepada Selangor,” katanya dalam program bual bicara Keluar Sekejap yang disiarkan di media sosial malam tadi.

Ahad lalu, Amirudin dilaporkan berkata, kedudukan Pulau Pinang adalah berada di sebelah Kedah, tetapi negeri Jelapang Padi itu tidak menerima impak seperti Selangor yang berjaya membangunkan bandar satelit sekitar Kuala Lumpur.

Menjelas perkara itu, Muhammad Sanusi menegaskan bahawa kejayaan pembangunan Selangor bukan disebabkan kepandaian Amirudin memerintah, sebaliknya negeri itu sudah maju sejak zaman pentadbiran UMNO lagi.

“Kalau nak banding Kuala Lumpur yang ada di tengah Selangor, bukan sebab Amirudin pandai memerintah pun, Selangor maju sebelum PH ambil (pentadbiran) lagi. Masa UMNO memerintah Selangor dah maju, PH mai cuci tangan lepas itu cakap dia pandai. Tak betul tu, dulu zaman UMNO lagi mahu, walaupun banyak Menteri Besar Selangor kena tangkap sebab terlalu maju.

“Tapi memang sudah maju masa itu, bukan sebab PH pandai, bukan Amirudin pandai, dia mai cuci tangan saja. Dia kata lepas Azmin (bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali) keluar dia bawa pelaburan RM18 bilion, saya di Kedah bawa RM68 bilion. RM50 bilion pelaburan lebih dari Amirudin, saya tak sembang besar pun,” katanya. BH

NOTA : Kedah pun dimajukan oleh BN sejak Merdeka dan Sanusi pun cuci tangan sambung saja. Jangan jadi bodoh sombong

Amirudin bukan pandai memerintah – Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker