Hamzah jangan kacau kerja KPN

Sebaran :


PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, tidak sepatutnya campur tangan dan mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Beliau mengulas isu pertukaran jawatan dan tugas pegawai kanan dalam pasukan keselamatan itu.

Hassan berkata, Hamzah tidak ada kuasa bawah undang-undang untuk menangguhkan dan menggagalkan keputusan yang diambil oleh Hamid.

“Walaupun sekarang negara berada dalam keadaan darurat dan Parlimen digantung, ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara.



“Ketua Polis Negara telah membuat keputusan menukarkan jawatan dan tugas pegawai-pegawai tinggi PDRM menurut kuasa undang-undang yang memperuntukkan ‘Control and Command’ PDRM adalah terletak dalam bidang kuasa Ketua Polis Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Hassan meminta pihak kementerian itu menarik balik arahan penangguhan keputusan pertukaran jawatan berkenaan dan memberi ruang kepada KPN menguruskan masalah jenayah yang semakin membimbangkan di negara ini terlebih dahulu.

“Satu perkara yang perlu diingat bahawa baru-baru ini, Ketua Polis Negara telah mendedahkan wujudnya gejala yang dipanggil kartel dalam PDRM yang telah menjejaskan integriti PDRM.

“Malaysia telah menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dadah sebelum di seludup ke negara ketiga.



Terdahulu, Hamid dalam sidang media di Klang hari ini, mengesahkan arahan dikeluarkan oleh Hamzah untuk menangguhkan pertukaran pegawai kanan pasukan itu.

Hamid menyatakan, beliau akan bertemu Menteri Dalam Negeri untuk menjelaskan mengapa perubahan mesti dilakukan.

Selaku Ketua Polis Negara, beliau memiliki kuasa untuk mengatur dan mentadbir urus PDRM dan segala arahan yang dibuat ‘untuk kepentingan bersama’
FMT

Budaya ambil duit: Bila ‘KPN hendak’, pegawai bawah jadi takut, kata Hamid Bador


Sebaran :

Leave a Reply