Budaya ambil duit: Bila ‘KPN hendak’, pegawai bawah jadi takut, kata Hamid Bador

SHAH ALAM: “Ambil duit” jadi budaya dalam kalangan polis lantaran penglibatan pegawai bawahan hingga atasan, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mempertahankan pendedahannya berhubung kewujudan “kartel” dalam polis.

Begitu situasinya hinggakan Hamid berkata “semua pegawai di bawah juga takut hendak ambil tindakan.”

“Kerana apa? KPN hendak. Ini berlaku dulu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, menjawab pengkritik yang tidak berpuas hati dengan pendedahannya sebelum ini.

“Jadi, mereka yang masih tidak sedar lagi, mengeluarkan kata-kata yang kononnya apa yang saya buat ini salah, saya cabar mereka apa salahnya dengan perbuatan saya.”

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker