10 Fakta Menarik Putera Philip Dan Beliau Disenangi Rakyat Dan Pelajar Antarabangsa – Pelajar Malaysia

Kematian DUke of Edinburgh pada pagi Jumaat ternyata mendedahkan perspektif dan sanjungan dari pelbagai lapisan rakyat terhadap ahli keluarga diraja itu.

Sosok Putera Philip sentiasa diingati rakyat United Kingdom, malah pelajar asing yang pernah berada melanjutkan pengajian tinggi di negara terbabit turut merasai kehilangannya.

Ahli Malaysian Society, Imperial College Union, London, Ahmad Syabil Hud Adzman Shah berkata mendiang terkenal dengan keperibadiannya yang mudah didekati rakyat.

Menurut Ahmad Syabik, Ddari sudut kerja kebajikan pula, Putera Philip amat popular dalam kalangan keluarga diraja.

“Mengenang mendiang Putera Philip (ini) saya rasa dalam tiga perkara. Pertama sekali mendiang Putera Philip ini, beliau telah berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua dan salah satu sebab beliau popular adalah sebab beliau seorang Tentera Laut.

“Rakyat Britain lebih senang dapat berhubung dengan mendiang kerana beliau aktif dalam sukan, contohnya ketika sekolah menengah beliau pernah menjadi kapten kelab sukan,” katanya dalam temu bual menerusi Skype pada Sabtu.

Tambah Ahmad Syabil, pelajar asing turut mengenali sosok mendiang itu yang sentiasa mengambil perhatian akan kemajuan sukan di peringkat universiti melibatkan pelajar tempatan dan antarabangsa.

“Antara pelajar UK, malah pelajar Malaysia pun tahu beliau lancarkan aktiviti (iaitu) satu anugerah bagi pelajar yang bergiat aktif dalam sukan dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Beliau juga aktif dalam khidmat masyarakat dan kerja amal, contohnya beliau aktif dalam World Wide Fund for Nature (WWF) dan beliau banyak beri sumbangan kepada organisasi tersebut,” jelasnya lagi.

Putera Philip, 99, meninggal dunia pada Jumaat pagi (waktu tempatan) di Istana Windsor.

Putera Philip mendapat gelaran Duke Edinburgh selepas beliau mendirikan rumahtangga dengan Ratu Elizabeth pada 20 November, 1947.

 

Pemergian Putera Philip yang merupakan suami kepada Ratu Elizabeth semalam dianggap satu kehilangan besar buat keluarga diraja Britain dan seluruh dunia.

Selama 74 tahun berada di samping permaisuri hatinya yang tercinta, Duke of Edinburgh itu disifatkan Ratu Elizabeth sebagai ‘kekuatannya yang berterusan dan abadi’.

Menjadi suami kepada seorang ratu dan perlu sentiasa berada di belakang wanita hebat itu tidak memudarkan cinta putera dari Greece dan Denmark ini terhadap isterinya.

Putera Philip mengahwini Ratu Elizabeth yang ketika itu bergelar Puteri Elizabeth pada 20 November 1947 di Westminster Abbey. – AFP

Meskipun terkenal dengan sifatnya yang lantang bersuara serta tidak gentar untuk meluahkan apa yang terlintas di fikirannya, Putera Philips sebenarnya ialah seorang lelaki yang mementingkan keluarga.

Beliau malahan menjadi ‘sahabat baik’ kepada Puteri Diana, yang merupakan menantunya ketika Puteri Wales itu mula menyertai keluarga diraja Britain pada tahun 1981 selepas mengahwini Putera Charles.

Banyak lagi fakta menarik yang sebenarnya tidak ramai yang tahu mengenai bekas tentera laut diraja ini.

Jadi, berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai Putera Philip, Duke of Edinburgh:

Beliau berkhidmat secara aktif dalam Tentera Laut Diraja ketika Perang Dunia Kedua. – AFP
  • Lahir sebagai seorang putera Greece dan Denmark di Pulau Corfu, Greece pada 10 Jun 1921.
  • Merupakan putera bongsu dan satu-satunya anak lelaki Putera Andrew dari Greece dan Denmark serta Puteri Alice dari Battenberg, Jerman. Beliau mempunyai empat adik beradik perempuan.
  • Selepas tamat sekolah, Prince Philip mengambil peperiksaan perkhidmatan awam dan diterima untuk memasuki Tentera Laut Diraja.
  • Berkhidmat secara aktif dalam Tentera Laut Diraja ketika Perang Dunia Kedua.
  • Merupakan seorang juruterbang yang berkelayakan, dengan jam penerbangan sebanyak 5,986 jam untuk 59 jenis pesawat.
  • Beliau merupakan ahli keluarga diraja Britain yang tertua dan paling lama berkhidmat.
  • Memahami sedikit bahasa Greek dan menggunakan tandatangan ‘phi’ pada lukisannya yang bermaksud ‘p’ dalam Bahasa Greek.
  • Putera Philips telah menjalankan sebanyak 22,219 program penglibatan secara solo antara tahun 1952 hingga persaraannya pada 2017. Beliau telah menyampaikan sebanyak 5,496 ucapan dan 785 organisasi telah melantiknya sebagai penyokong, presiden atau ahli.
  • Beliau dan Ratu Elizabeth bertemu pada tahun 1939 apabila Raja George VI melawat kolej ketenteraan lautnya. Pasangan ini kemudiannya saling bertukar surat ketika Perang Dunia Kedua dan beliau melamar permaisuri pada tahun 1946.
  • Mengahwini Ratu Elizabeth yang ketika itu masih bergelar Puteri Elizabeth pada 20 November 1947 di Westminster Abbey.

 

Kemangkatan Philip, Putera Harry dijangka pulang segera ke UK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker