Kemangkatan Philip, Putera Harry dijangka pulang segera ke UK

 

LONDON: Putera Harry dijangka pulang ke United Kingdom (UK) buat pertama kali sejak meninggalkan tugasan diraja susulan kemangkatan datuknya, Putera Philip.

Daily Mail memetik satu sumber melaporkan, Harry akan berusaha balik ke UK dengan kadar segera untuk bersama keluarganya.

“Tiada apa lagi yang dia (Harry) mahukan selain bersama keluarganya menghadapi saat sukar dan sedih ini,” jelas sumber tersebut.

Dalam pada itu, timbul persoalan sama ada isterinya, Meghan Markle akan turut pulang ke UK untuk memberi penghormatan terakhir kepada Philip.

Situasi pandemik Covid-19 yang masih belum reda di UK dan keadaan Markle yang kini mengandung anak kedua dijangka menyukarkan dia untuk menyertai Harry.

“Banyak perkara perlu diambil kira ketika ini untuk membolehkan Markle pulang ke UK kerana keadaannya yang hamil dan situasi Covid-19.

“Apa yang pasti, Harry akan pulang segera ke UK untuk melihat datuknya buat kali terakhir,” menurut sumber tersebut.

Putera Philip meninggal dunia pada usia 99 tahun di Istana Windsor hari ini, iaitu beberapa minggu selepas Harry dan Markle membuat pendedahan ekslusif mengenai ‘masalah yang berlaku’ antara mereka dan kerabat diraja Britain menerusi wawancara bersama Oprah Winfrey.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker