‘Tak jadi hal’ – Hamzah jawab Muda


Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin memberi gambaran tidak takut berdepan tindakan undang-undang susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Tak jadi hal, kita ikut undang-undang,” katanya ringkas kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Dia diminta mengulas tindakan Muda pada 25 Mac yang memberi masa tujuh hari kepada kerajaan untuk meluluskan pendaftaran parti pimpinan bekas menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atau berdepan tindakan mahkamah.

Naib Presiden Muda Lim Wei Jiet memberi amaran itu melalui surat tuntutan guaman kepada ROS dan Hamzah.



Keputusan sama ada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dapat meneruskan tindakan undang-undang untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik akan diketahui pada 4 Feb lalu.

Pada tarikh itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada akan membenarkan Muda memulakan permohonan semakan kehakiman terhadap Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Mk

18 remaja mahu saman kerajaan kerana tangguh Undi18



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker