18 remaja mahu saman kerajaan kerana tangguh Undi18


Seramai 18 remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun mahu menyaman kerajaan kerana menangguhkan pelaksanaan penuruhan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Kumpulan pro-Undi18 Persatuan Pengundi Muda berkata mereka akan memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka akan memohon deklarasi mahkamah bahawa tindakan SPR menangguhkan Undi18 sebagai tidak rasional, tidak sah, tidak berpatutan dan merupakan pencabulan terhadap hak pengundi.

Mereka juga mahukan pengisytiharan bahawa pengundi berumur 18 ke 20 tahun berhak mengundi menjelang Julai 2021 serta memohon mahkamah membatalkan penangguhan itu. Mk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker