Rakaman audio: 20 tahun dalam PKR, saya percaya itu suara Anwar, kata Zuraida


PETALING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mendakwa panggilan telefon dikatakan antara Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, adalah tulen.

“Saya dengar (rakaman audio itu) dan selepas berada dalam PKR selama 20 tahun, saya percaya itu suara Anwar,” kata bekas naib presiden PKR itu dalam satu majlis di Ampang.

Perbualan itu didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) akhir bulan lalu, yang memberi tanggapan mereka sedang bekerjasama.

Bagaimanapun, Zahid dan Anwar menafikan dakwaan itu.



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi menolak rakaman itu dengan menyifatkannya “konspirasi peringkat tertinggi” dan berkata pendedahan itu bermotifkan politik.

Sementara itu, Zuraida berkata, perbincangan masih diteruskan untuk mengkaji Akta Perhimpunan Aman untuk memudahkan perhimpunan awam.

Pada 3 April lalu, Zuraida dilaporkan berkata, perhimpunan aman tidak patut tertakluk kepada sebarang siasatan polis dan menggesa akta itu dikaji semula.

Beliau berkata demikian susulan siasatan polis ke atas peserta satu perhimpunan menyokong dasar Undi18 di luar Parlimen pada 27 Mac lalu. Undi18 membenarkan belia berusia 18 tahun ke atas mengundi.



Dalam perkembangan lain, mengenai keputusan Umno tidak bekerjasama dengan PPBM, Zuraida, yang kini ahli parti pemerintah itu berkata, beliau bersedia dengan langkah itu dan ia “sebahagian daripada hidup”.

Zahid menerusi PAU2020 pada 27 Mac lalu mengumumkan Barisan Nasional akan menghadapi pilihan raya umum ke-15 bersendirian dan hanya bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan. FMT

Editor : Semasa dalam PKR 20 tahun tak percaya ke pasal video Anwar dan Azmin?

Parti tak kuat nak jadi PM, kata Zuraida pada Anwar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker