Lucu! Komen Harith Iskander Tentang Selipar Neelofa ‘Muslim Friendly’ Begitu Sarkastik


“Berhentilah Perasan!”- Dato Hattan Tegur Selebriti & Instafamous Langgar SOP
Satu demi satu kontroversi menimpa usahawan dan selebriti Neelofa. Selepas isu rentas negeri kini beralih kepada kolaborasi Neelofa bersama jenama selipar terkenal, Fipper. Kali ini netizen kecoh mempersoalkan selipar tersebut yang dilabel sebagai ‘Muslim Friendly’.

Di laman twitter, tak pasal-pasal selipar ini mendapat ‘free-marketing’ kerana ramai yang berkongsikan isu ini secara meluas. Bukan di kalangan netizen sahaja, isu selipar ”Muslim Friendly’ turut mendapat perhati pelawak dan pelakon, Harith Iskander.

Dengan berkongsi keratan akhbar terhadap isu ini di laman instagramnya, pandangan Harith dianggap melucukan dan bernada sarkastik.

“SAYA TIDAK MEMPUNYAI MASALAH DENGAN INI (SELIPAR ”MUSLIM FRIENDLY’). MANA-MANA KAWAN KEPADA KAKI SAYA ADALAH RAKAN SAYA. SEKARANG SAYA TAHU MENGAPA SAYA TIDAK PERNAH MERASA SELESA DENGAN SELIPAR JEPUN SAYA, MUNGKIN KERANA IA TIDAK CUKUP RAMAH (FRIENDLY) KEPADA SAYA. SAYA TIDAK SABAR UNTUK MELANCARKAN TALI LEHER DAN TALI JAM YANG RAMAH UNTUK UMAT ISLAM.”

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga menyampaikan pandangan masing-masing tentang isu selipar ‘Muslim Friendly’ ini. Ada berbentuk kecaman dan ada juga memberi komen positif.

Sementara itu, ada sebilangan netizen yang mempersoalkan harga jualannya mencecah RM79.90 sepasang dianggap mahal. Tapi kita kena lah faham, ini bukan selipar biasa yang kita beli di kedai runcit itu ya! Mmy

Neelofa diselar penunggang agama, syarikat Fipper tampil perjelaskan kekeliruan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker