Neelofa diselar penunggang agama, syarikat Fipper tampil perjelaskan kekeliruan


HANYA kerana perkataan ‘muslim friendly’, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa teruk dihentam netizen dan lebih perit lagi dia dituduh sebagai penunggang agama!

Semua ini gara-gara aplikasi yang diasaskan olehnya iaitu The Noor yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar selipar terkenal iaitu Fipper, didakwa sengaja membangkitkan kemarahan orang ramai apabila menggunakan elemen agama sebagai taktik melariskan produk.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah tersedia tegang itu, pihak Fipper akhirnya tampil memberikan kenyataan berhubung dakwaan orang ramai mengenai isu penggunaan ‘muslim friendly’ seperti yang diiklankan sebelum ini.

“Salam sejahtera, pihak Fipper ingin memberi penjelasan berkenaan isu ‘Muslim friendly’ yang tular di media sosial ketika ini.

“Produk ‘slip-on’, Fipper X The Noor sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin kerana produk kami sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan media sebelum ini.

“Pihak Fipper ingin memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. Terima kasih atas sokongan anda,” tulisnya menerusi entri di akaun rasmi Instagram.

Walau bagaimanapun, ada segelintir warganet mencadangkan agar penggunaan ayat ‘muslim friendly’ digantikan dengan perkataan ‘socks friendly’ supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. Utv

Neelofa terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker